Wednesday, October 27, 2010

:: Bagaimana 'Nama-Negeri' Membantu Pembelajaran?

Pernah bermain permainan 'Nama-Negeri'?

Terdapat beberapa versi permainan ini terutamanya dari segi pengiraan markah. Permainan 'Nama-Negeri' melibatkan beberapa orang pemain, atau jika bermain secara individu boleh juga untuk menguji pengetahuan dan minda.

Setiap peserta diberi sekeping kertas. Di atas kertas tersebut dilukiskan beberapa ruang kosong (columns). Di dalam setiap ruang itu pula ditulis 'Nama', 'Negeri', 'Buah', 'Tempat' dan sebagainya (bergantung atas persetujuan semua pemain).

Ketika memulakan permainan, pemain pertama akan memberikan satu huruf, contohnya huruf 'B'. Maka semua peserta dikehendaki menulis satu 'nama' (orang), satu nama 'negeri', satu nama 'buah', satu nama 'tempat' dan seterusnya. Selepas selesai proses tersebut, semua peserta akan berkongsi jawapan masing-masing.

Pemberian markah adalah bergantung kepada persetujuan pemain. Pun begitu pada kebiasaannya, jika lebih daripada seorang memberikan jawapan yang sama, maka mereka akan berkongsi markah. Jika jawapan pemain adalah berlainan daripada jawapan-jawapan lain, maka permain tersebut akan memperolehi markah penuh. Ada yang menetapkan '10 markah' bagi jawapan yang betul, ada yang '50 markah' mahupun '100 markah' (bergantung kepada pemain).

Selepas itu, pemain kedua pula akan memberikan huruf berikutnya. Kemudian pemain ketiga, keempat dan seterusnya.

Contoh permainan 'Nama-Negeri' :
(Klik untuk besarkan gambar)







Baiklah. Bayangkan pula bagaimana jika kita menggunakan permainan ini untuk membiasakan anak-anak/pelajar dengan NOUNS. Nouns adalah things, places, animals dan people. Nouns adalah 'Kata Nama'.

Permainan 'Nama-Negeri' boleh dimainkan menggunakan konsep yang sama dengan hanya menukar bahasanya sahaja. Jika mahu memberi lebih cabaran kepada anak-anak/pelajar, kita juga boleh memecahkan nouns kepada beberapa bahagian. Sebagai contoh, memecahkan 'animals' kepada dua bahagian seperti 'land animals' dan 'sea animals'.

Berikut adalah contoh versi bahasa Inggeris :
(Klik untuk besarkan gambar)







Tip Tambahan :

(a) Ia boleh dimainkan dalam kumpulan kecil atau besar. Sebagai contoh, huruf diberikan oleh pendidik dan semua pelajar di dalam kelas dikehendaki menulis jawapan mereka di atas kertas masing-masing. Atau, bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan menulis jawapan melalui perbincangan.

(b) Galakkan anak-anak/pelajar merujuk kamus. Dengan cara ini, mereka bukan sahaja akan belajar mengenai nouns tetapi juga mendapat bonus tambahan iaitu memahirkan diri menggunakan kamus.

(c) Sebagai cabaran, galakkan mereka memberikan jawapan yang mungkin tidak terfikir oleh rakan-rakan yang lain (tidak mustahil jika mereka rajin merujuk kamus). Sebagai contoh, jika 'monkey' dan 'mouse' adalah nama haiwan paling kerap diberikan bagi haiwan berhuruf 'm', apakata jika mereka menulis 'mammoth' atau 'millipede' pula?

(d) Pendidik boleh terlebih dahulu mencari nama-nama nouns melalui internet. Sebagai contoh, taipkan kata kunci 'animals letter f' di enjin pencari dan klik 'search'. Anda akan memperolehi senarai yang cukup panjang untuk rujukan anda.

Jelas sekali, permainan 'Nama-Negeri' versi bahasa Inggeris bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak-anak/pelajar, tetapi juga memberi ruang kepada pendidik untuk mengembangkan ilmu pengetahuan sendiri.

Selamat mencuba!


Syalina Ahmad

Tuesday, October 26, 2010

:: Belajar Melalui Lagu - Mari Praktikkan!

Salah satu teknik yang dikongsikan melalui buku "English Bagus" ialah teknik 'pembelajaran melalui lagu'.

Terdapat banyak jenis lagu yang boleh digunakan dalam teknik ini. Antara jenis lagu atau genre yang menarik dan berkesan ialah rap serta lagu-lagu lain yang mencabar.

Kita tinggalkan dahulu rap. Pada kali ini, kita akan menggunakan sebuah lagu bertempo agak laju, melibatkan hafalan serta susunan yang betul.

Di sini saya sertakan lagu dan liriknya. Cabar diri anda bagi menghafal lagu ini sehingga dapat menyanyikannya dengan laju mengikut intonasi yang betul. Paling penting, tiru intonasi penyanyi berkenaan (contohnya sebut perkataan 'grass' mengikut pelat Amerika).

Yakin bahawa anda boleh melakukannya dalam masa SATU hingga TIGA hari! Selepas berjaya menghafal dan menyanyikannya dengan baik, tuliskan semula liriknya di atas kertas atau taip menggunakan komputer. Jangan merujuk kepada lirik asal yang disertakan.

Hasil (outcome) melalui nyanyian :

(a) Membiasakan lidah menyebut perkataan/ayat bahasa Inggeris dengan lancar.

(b) Dapat belajar pelat/sebutan Amerika.

(c) Membina keyakinan selepas berjaya menyanyi dengan laju seperti lagu asal.

Hasil (outcome) menghafal & menulis :

(a) Mengingati perkataan/ayat dalam lirik yang boleh dipraktik dalam perbualan.

(b) Membina keyakinan dalam perbualan. Sebutkan semula lirik lengkap yang dihafal dengan kuat dalam nada biasa (bukan menyanyi).

(c) Menulis semula lirik akan membantu ejaan.

(d) Menguatkan memori kerana liriknya berkait antara satu sama lain, jadi perlu mengingatinya dengan baik dan betul.

(e) Mempelajari perkataan baharu sekaligus mengetahui maknanya.

Anda boleh kongsikan pengalaman anda mempraktikkan teknik ini di sini atau emel ke sy_amd2001@yahoo.com.


JUDUL : "THE GREEN GRASS GREW ALL AROUND"

There was a hole
In the middle of the ground
The prettiest hole
That you ever did see
Well the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And in this hole
There was a root
The prettiest root
That you ever did see
Well the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And on this root
There was a tree
The prettiest tree
That you ever did see
Well the tree on the root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And on this tree
There was a branch
The prettiest branch
That you ever did see
Well the branch on the tree
And the tree on the root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And on this branch
There was a twig
The prettiest twig
That you ever did see
Well the twig on the branch
And the branch on the tree
And the tree on the root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

Well on this twig
There was a nest
The prettiest nest
That you ever did see
Well the nest on the twig
And the twig on the branch
And the branch on the tree
And the tree on the root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And in this nest
There was an egg
The prettiest egg
That you ever did see
Well the egg in the nest
And the nest on the twig
And the twig on the branch
And the branch on the tree
And the tree on the root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And in this egg
There was a bird
The prettiest bird
That you ever did see
Well the bird in the egg
And the egg in the nest
And the nest on the twig
And the twig on the branch
And the branch on the tree
And the tree on root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And on this bird
There was a wing
The prettiest wing
That you ever did see
Well the wing on the bird
And the bird in the egg
And the egg in the nest
And the nest on the twig
And the twig on the branch
And the branch on the tree
And the tree on the root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around

And on this wing
There was a feather
The prettiest feather
That you ever did see
Well the feather on the wing
And the wing on the bird
And the bird in the egg
And the egg in the nest
And the nest on the twig
And the twig on the branch
And the branch on the tree
And the tree on the root
And the root in the hole
And the hole in the ground
And the green grass grew all around and around
And the green grass grew all around





* Jika tidak dapat mendengarnya di sini (atau untuk download lagu ini), mohon KLIK SINI



********************



Tip : Jika sukar menyanyi dan menghafal lagu ini kerana temponya yang laju, berlatih dahulu tanpa menggunakan muzik mengikut tempo yang sesuai. Tingkatkan kelajuan sedikit demi sedikit dan akhir sekali cuba menyanyi menggunakan muzik.

Nota : Walaupun sudah lama mengetahui lagu ini, saya sebenarnya baru sahaja menghafalnya. Saya menaip lirik di atas tanpa merujuk lirik asal bagi mempraktikkan teknik menghafal dan menulis. IA MEMBANTU! Saya hanya membuat semakan selepas selesai menaip keseluruhan lirik.

Nota tambahan : Lagu ini mempunyai banyak versi lirik dan cara nyanyian. Saya memilih lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak kerana nyanyiannya konsisten. Versi penyanyi dewasa cara nyanyian mereka adakalanya berubah-ubah. Sebagai contoh versi di bawah. Sebaik dapat menghafal dan menyanyi lagu "The Green Grass Grew All Around" dengan lancar, bolehlah menyanyi mengikut gaya 'country & western' penyanyi ini pula. CATCHY! Pelat Amerika penyanyi dewasa ini jauh lebih baik. Bolehlah digunakan untuk memantapkan lagi sebutan.





* Jika tidak dapat mendengarnya di sini (atau untuk download lagu ini), mohon KLIK SINI


Terdapat beberapa lagu lain seperti ini. InsyaAllah akan saya upload kemudian.

Selamat mencuba!


Syalina Ahmad



Monday, October 25, 2010

:: Bengkel Pelajar di Bukit Mertajam - 6 Nov 2010

Tarikh :
6 November 2010 (Sabtu)

Tempat :
eSakinah Studio
2310, Jalan Bukit Minyak
Taman Permai Jaya
Bukit Mertajam
Pulau Pinang

Masa :
9:00pg - 12:00tgh (Tahun 4, 5, 6)
2:00 ptg - 5:00 ptg (Tingkatan 1, 2, 3)

Yuran :
RM30.00 seorang
* Termasuk bahan-bahan bengkel.
* Yuran promosi untuk bengkel di BM sahaja.

TEMPAT TERHAD!

Hubungi eSakinah Studio (Penganjur)
013 - 488 6178 / 013 - 433 6178



PETA LOKASI
(Klik untuk besarkan gambar)



Sunday, October 24, 2010

:: Bengkel Pelajar di Bukit Mertajam - 13 Nov 2010

Tarikh :
13 November 2010 (Sabtu)

Tempat :
Sekolah Pendidikan Islam Alma Jaya
Bukit Mertajam

Masa :
9:00pg - 12:00tgh (Tahun 4, 5, 6)
2:00 ptg - 5:00 ptg (Tingkatan 1, 2, 3)

Yuran :
RM30.00 seorang
* Termasuk bahan-bahan bengkel.
* Yuran promosi untuk bengkel di BM sahaja.

TEMPAT TERHAD!

Hubungi eSakinah Studio (Penganjur)
013 - 488 6178 / 013 - 433 6178





Thursday, October 14, 2010

:: Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu

Oktober adalah "Bulan Bahasa Kebangsaan". Dapat dilihat bahawa semakin ramai yang bercakap mengenai bulan istimewa ini melalui komen-komen di blog, Facebook dan sebagainya. Mereka memberi komen-komen yang baik. Cuma mungkin segelintir kecil sahaja yang memperlekehkan usaha memartabatkan bahasa Melayu ini. Saya gembira.

Pun begitu ada sesuatu yang tidak sepatutnya dijadikan isu. Banyak juga artikel-artikel dan komen-komen yang saya baca membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

Ada yang mempersoalkan sikap bangsa Melayu yang mengutamakan bahasa Inggeris, begitu juga yang lebih selesa mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak mereka. Malah, salah sebuah iklan di televisyen juga mengutarakan perkara yang sama. Iklan yang dilakonkan oleh Puan Julie Dahlan.

Pada saya, ia bukanlah satu isu yang besar. Sejak dari dahulu lagi saya melihat bahawa ramai daripada kalangan masyarakat kita prejudis terhadap bahasa Inggeris sedangkan bahasa Inggeris adalah bahasa kedua terpenting selepas bahasa Melayu. Sebagai contoh, mereka yang berbahasa Inggeris sering dipandang serong oleh pihak lain. Kita boleh nampak perkara ini berlaku dengan jelas apabila kita memasuki bulan Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Jepun, German, Perancis, Cina, Hindi, Arab dan Filipina boleh ditutur tanpa pandangan serong oleh masyarakat. Tetapi berlainan dengan bahasa Inggeris. Malah masyarakat berasa kagum jika kita mampu bertutur dalam bahasa-bahasa tersebut, tetapi apabila kita mula bertutur dalam bahasa Inggeris, kita mungkin dilabel sebagai 'berlagak', 'menunjuk', 'mengada-ngada' atau 'pengkhianat bahasa' (percayalah, saya pernah mendengar bermacam-macam panggilan lagi).

Pada saya, ini adalah salah satu penyebab terbesar mengapa ramai daripada kita gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Apabila kita mula bercakap dalam bahasa Inggeris, masyarakat mula menyindir atau melabel kita dengan bermacam-macam nama dan panggilan. Ini mematikan semangat dan langkah kita.

Kita amat beruntung sebenarnya kerana di Malaysia, terdapat banyak kit pembelajaran bahasa Inggeris yang boleh diakses seawal alam tadika lagi. Tetapi sayang, sikap masyarakat telah mengaburinya sehingga menghalang potensi kita untuk berbahasa Inggeris dengan fasih.

Ingatlah bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa. It's just a language, not a religion. Sesiapa sahaja boleh mempelajarinya. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Ia tidak salah, malah ia adalah ilmu pengetahuan yang boleh dituntut oleh sesiapa sahaja.

Tidak bolehkah kita nampak peranan besar bahasa Inggeris? Sebagai contoh untuk mencari ilmu dari buku-buku ilmiah berbahasa Inggeris, mengembangkan perniagaan ke peringkat global, malah untuk berdakwah.

Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris asalkan bertempat dan sesuai pada majlis dan keadaannya. Dalam banyak situasi, bahasa Melayu lebih sesuai digunakan.

Sebagai pencinta bahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu, marilah kita berusaha mengutamakan bahasa Melayu yang betul, bukan dialek negeri masing-masing. Mulalah mengeja setiap perkataan bahasa Melayu dengan betul dan belajar menggunakan 'Bahasa Melayu Tinggi'.

Syalina Ahmad



Wednesday, October 6, 2010

:: Toward ATAU Towards?

Beberapa hari lalu, saya membuat semakan ke atas lirik-lirik lama yang saya tulis. Dalam salah satu lirik saya menulis, "towards the light". Kemudian tiba-tiba saya berfikir semula, "towards ATAU toward"? Kerana saya tahu saya pernah mendengar orang menggunakan kedua-duanya.

Sebagai seorang individu yang masih belajar (bahasa Inggeris), adakalanya wujud perkara-perkara yang mengelirukan. Malah bagi perkara-perkara yang pernah/sering digunakan pun boleh mengelirukan jika sudah lama tidak dipraktikkan.

Salah satu contoh ialah penggunaan "toward" dan "towards". Ketika menggunakan perkataan "towards" dalam tahun 2003, saya yakin saya memilih perkataan tersebut kerana ia perkataan yang sesuai dan digunakan di tempat yang betul. Pun begitu seperti yang disebutkan di atas, adakalanya ia membawa kekeliruan apabila jarang digunakan.

FUNGSI ENJIN PENCARI (SEARCH ENGINE)

Enjin pencari adalah salah satu kit pembelajaran paling penting bagi saya. Dalam apa jua jenis penulisan bahasa Inggeris yang saya buat, saya akan merujuk kepada Internet dengan menggunakan enjin pencari.

Salah satu perkara penting yang ditekankan di dalam buku "English Bagus" ialah apabila kita mula berasa sangsi atau terkeliru dengan sesuatu perkataan atau ayat, kita WAJIB menyemaknya.

Sumber semakannya pula bergantung kepada setiap individu. Ada yang selesa bertanya kepada individu lain, ada yang selesa merujuk kamus dan sebagainya. Saya pula suka menggunakan enjin pencari kerana ia cepat dan menyeronokkan. Menyeronokkan kerana ia adalah cabaran bagi saya dan selalunya terdapat banyak perkara baharu yang saya perolehi di sepanjang proses tersebut.

Baik. Bagi memudahkan pemahaman mengenai kaedah menggunakan enjin pencari ini, saya akan ceritakan secara ringkas seperti di bawah bermula dari langkah 1, langkah 2 dan seterusnya.

Satu : Perlu mengetahui mana satu yang betul - TOWARD atau TOWARDS.

Dua : Pergi ke Google - http://www.google.com.

Tiga : Taipkan kata kunci - "toward or towards". Klik 'search'. Kata kunci lain yang boleh digunakan - "difference toward towards".

Empat : Buat semakan di beberapa laman web yang disenaraikan. Utamakan laman web pengajaran/pembelajaran bahasa Inggeris.

Lima : Mendapat jawapan di laman web pertama, sambil membaca artikel tersebut sehingga habis.

Enam : Kembali ke enjin pencari (tekan butang 'back' pada skrin).

Tujuh : Klik laman web seterusnya. Semak jawapan sekali lagi sambil membaca artikel tersebut sehingga habis. Jawapan/penerangannya sama seperti laman web pertama.

Lapan : Jika tidak berpuas hati dan masih perlu buat semakan, kembali ke enjin pencari (butang 'back'). Klik pada laman web ketiga.

Sembilan : Terus membuat semakan menggunakan proses yang sama sehingga berpuas hati dengan jawapan/penerangan yang diberikan.

Sepuluh : Jika kesemua laman web mengatakan perkara yang sama, maka ia adalah betul.

Sebelas : Jika terdapat percanggahan, rujuk kepada jawapan daripada laman web pengajaran/pembelajaran bahasa Inggeris sahaja.

=> Selepas saya melakukan carian/semakan di enjin pencari seperti di atas, saya mendapat jawapannya. Di antara kelebihan paling ketara jika menggunakan enjin pencari ialah :

(a) Belajar perkara baharu dan mendapat info lain ketika membaca artikel-artikel tersebut sehingga habis.

(b) Dapat mengenal pasti laman web-laman web yang sesuai dan berguna untuk rujukan masa hadapan (catatkan alamat laman webnya atau masukkan ke dalam folder 'favorite').

(c) Memahirkan diri menggunakan Internet khususnya enjin pencari.

(d) Memahirkan beberapa teknik "English Bagus" sekali gus, contohnya bacaan, ejaan dan pemahaman.

Nota : Tidak salah merujuk kepada individu lain selain enjin pencari. Kedua-duanya ada pros & cons. Sebagai contoh, merujuk kepada individu manusia adalah interaktif berbanding komputer/Internet. Soalan demi soalan boleh diajukan kepada individu berkenaan sehingga anda faham. Yang penting ialah mencari individu yang tepat untuk dijadikan tempat rujukan.

Oh. Hampir terlupa. Berikut ialah jawapan kepada perbezaan "toward" dan "towards" :

Jawapan - Tiada Perbezaan :)

Menurut beberapa laman web yang saya rujuk, "toward" selalunya digunakan dalam American English manakala "towards" pula selalunya digunakan dalam British English.

Menurut salah satu penerangan juga, "toward/towards" adalah "preposition" (kata sendi nama). Ia bukan "noun" (kata nama). Jadi dengan menambah huruf "s" kepada perkataan "toward" tidak menjadikannya "plural".*

* Inilah yang dimaksudkan dengan info tambahan yang boleh kita dapat melalui artikel-artikel di Internet.

Nota : Jadi, kita boleh menggunakan "toward" dan "towards" kerana kedua-duanya adalah betul. Pun begitu memandangkan di Malaysia kita banyak menggunakan ejaan British, maka sebaiknya kita membiasakan anak-anak dengan ejaan/penggunaan "towards" agar mereka tidak keliru (khususnya anak-anak di tadika dan sekolah rendah).

Lagipun, kita perlu mengambil kira pihak yang akan menyemak kertas jawapan peperiksaan anak-anak nanti. Sebagai jalan selamat, biasakan anak-anak menggunakan ejaan British kerana bukan semua pendidik tahu akan persamaan/perbezaan ejaan American/British.

Sebagai contoh penggunaan "toward" dan "towards" ini. Apabila anak-anak/pelajar sudah faham dan mahir menggunakannya di tempat yang betul, bolehlah kita menerangkan kepada mereka pula tentang persamaan "toward" dan "towards" sebagai info tambahan.

Selamat mencuba!

Syalina Ahmad

***************************

Beberapa rujukan yang saya gunakan untuk mencari info mengenai "toward" dan "towards" :

http://www.differencebetween.net/language/difference-between-towards-and-toward/

http://www.englishrules.com/writing/2005/toward-or-towards/

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?sec=lifefocus&file=/2010/9/30/lifefocus/7112308

http://grammar.quickanddirtytips.com/toward-versus-towards.aspx