Ini adalah pengisian siri kelapan daripada 13 siri Simple English yang ke udara di MutiaraFM (Pulau Pinang) pada setiap hari Isnin bermula jam 3:10 petang.
SEGMEN 1 - GRAMMAR TIPS
Dalam dua siri yang lepas, melalui segmen Grammar Tips ini, kita telah bercakap mengenai ayat/perkataan seerti atau sinonim dengan "I don't know" dan "Relax".
Pada minggu ini, kita akan melihat pula bagaimana kita hendak menggunakan "would" dan "could" dalam pertanyaan atau soalan.
Sebenarnya, "would" dan "could" tidak hanya digunakan dalam soalan. Ia digunakan dalam banyak keadaan. Pun begitu pada hari ini, kita memberi fokus kepada penggunaannya ketika kita mahu meminta pertolongan atau bantuan daripada orang lain.
Bagi memudahkan kita menentukan sama ada kita akan menggunakan "would" atau "could", mungkin kita boleh bertanya dahulu dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, kita mahu meminta pertolongan orang lain bagi membuka pinta. Jadi dua soalanya mungkin berbunyi begini :
Cara Bertanya 1 :
Boleh tak awak tolong buka pintu untuk saya esok?
Cara Bertanya 2 :
Boleh awak tolong buka pintu untuk saya esok?
Baiklah. Bagi cara bertanya yang pertama, seolah-olah kita bertanya sama ada orang itu mampu atau tidak menolong kita membuka pintu. Maksudnya apabila bertanya begini, ada beberapa kemungkinan jawapan. Mungkin jawapannya "Yes", "No" atau "Maybe".
Jika dia berada di sana atau berkemampuan untuk menolong, maka dia akan menolong. Tetapi jika dia tidak berada di sana atau tidak berkemampuan untuk menolong, maka dia tidak boleh menolong membuka pintu.
Jadi bagi keadaan yang pertama ini, kita akan menggunakan "could", iaitu – "Could you open the door for me tomorrow?" Jika dia boleh menolong, dia akan menolong. Jika tidak boleh, maka carilah orang lain pula untuk membantu.
Baik. Sekarang bagi cara bertanya yang kedua pula. Soalan ini menggambarkan seolah-olah kita tahu bahawa orang itu mampu untuk menolong kita membuka pintu, cuma kita mengharapkan kesediaan atau kesanggupan, atau belas kasihannya untuk menolong.
Jadi untuk ini, kita akan menggunakan "would" iaitu – "Would you open the door for me tomorrow?" Mungkin kita boleh mengatakan bahawa cara ini adalah ayat perintah yang lebih sopan. Kita hendak memerintah orang, tetapi kita memerintah dalam keadaan yang lebih sopan :)
Mengelirukan? Ia boleh diperjelaskan lagi seperti berikut :
(a) Could :
Apabila kita menggunakan "could", ia adalah berkaitan kemampuan atau keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu (capability atau ability).
Sebagai contoh, saudara hendak mengajak seseorang bagi menemani saudara makan malam. Saudara hendak bertanya sama ada dia 'free atau tidak.' Jika free, maka dia boleh menemani saudara. Jika tidak, terpaksalah saudara menghubungi orang lain. Maka saudara akan berkata, "Could you have dinner with me tonight?"
(b) Would :
Apabila kita menggunakan "would", ia adalah berkaitan kesediaan atau kesanggupan seseorang itu melakukan sesuatu (willingness).
Mengambil contoh di atas, saudara akan berkata, "Would you have dinner with me tonight?"
Untuk itu di masa hadapan, jika saudara mahu meminta bantuan atau pertolongan orang lain, mulakanlah pertanyaan dengan "Would you...." atau "Could you...", dan bertambah manis jika pertanyaan saudara itu diakhiri dengan "Please".
Sebagai contoh, katakanlah seorang guru mahu meminta pertolongan anak muridnya. Jadi berkatalah, "Aminah, would you carry these books, please?" dan bukannya, "Aminah, carry these books, hah!"
Bagi memudahkan lagi kita menentukan sama ada perlu menggunakan "could" atau "would", kita bertanya dahulu kepada diri kita sendiri – Kita merujuk kepada kemampuan/keupayaan seseorang itu, atau pun kesediaan/kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu.
Contoh dialog :
DJ NURUL : Could I use your handphone?
SYALINA : Why? Yours isn't working?
DJ NURUL : Hmm... no.
SYALINA : I wish I could help you, but my handphone is not working, too.
Sekian bagi segmen pertama.
SEGMEN 2 - TEKNIK BELAJAR MELALUI PENULISAN (BAHAGIAN 1)
Melalui segmen kedua ini, saya akan memberikan teknik-teknik bagaimana saudara boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah, murah dan berkesan.
Pada minggu ini, kita akan mulakan dengan pelajaran baru iaitu teknik pembelajaran bahasa Inggeris melalui penulisan.
Saudara, apabila kita bercakap mengenai penulisan, kita tidak semestinya bercakap mengenai 'penulisan kreatif' atau apa jua jenis penulisan yang memerlukan kita memerah idea. Ia boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara. Antaranya :
(a) Menulis kembali apa yang dibaca atau dihafal.
(b) Menyalin secara spontan apa yang didengar atau ditonton.
(c) Menulis secara santai tanpa perlu memikirkan plot cerita dan sebagainya, sebagai contoh menulis surat atau e-mel kepada kenalan.
(d) Menulis diari peribadi.
(e) Menulis secara bebas mengenai sesuatu pandangan atau perkara yang saudara minati, sebagai contoh saudara baru habis membaca sebuah buku (tidak kira bahasa apa pun), lalu menulis pandangan saudara mengenai buku tersebut di atas sekeping kertas (dalam bahasa Inggeris).
Latihan menulis akan menjadikan saudara cekap mengeja. Selain itu, menulis juga boleh melatih perbualan saudara. Ketika menulis, sebutkan setiap perkataan yang ditulis. Sebagai contoh, saudara telah menghafal lirik lagu berikut :
Now, this is a story, all about how my life got flipped, turned upside down, and I'd like to take a minute just sit right there, I’ll tell u how I became a prince of a town call bell air.
Ketika menulis "Now", saudara sebutkan secara lisan – "Now". Ketika menulis "this is", sebutkan secara lisan - "this is". Ketika menulis "a story", sebutkan "a story" dan begitulah seterusnya sehingga habis.
Saudara, teknik menghafal yang pernah kita bincangkan dalam teknik belajar melalui bahan bacaan sebelum ini amat berkesan dalam membantu penulisan.
Selepas menghafal, saudara perlu menulis semula apa yang dihafal. Apabila saudara melakukan begini, saudara telah belajar mengenai struktur ayat yang betul secara spontan. Dan apabila saudara menulisnya semula, saudara melatih ejaan seperti yang saya sebutkan sebentar tadi.
Pun begitu saudara, seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini juga, bahan bacaan yang dipilih perlulah bersesuaian mengikut minat & hobi saudara. Terutama sekali bagi saudara yang tidak suka membaca, memilih bahan bacaan mengikut minat dan hobi saudara adalah satu kemestian. Paling tidak pun, hafallah lirik-lirik lagu kegemaran saudara dan tuliskan semula lirik-liriknya. Saudara tidak akan berasa bosan kerana saudara menyukai lagu-lagu tersebut.
Baiklah saudara, teruskan bersama kami pada minggu hadapan untuk mengikuti bahagian kedua teknik pembelajaran bahasa Inggeris melalui penulisan.
Perkongsian pada minggu ini juga boleh diakses di alamat blog http://www.englishbagus.blogspot.com/.
Terima kasih kerana mengikuti Simple English di MutiaraFM. Sama-samalah kita praktikkan dan ingatlah bahawa – BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA!
Nota :
Untuk mendapatkan lebih banyak tip mengenai teknik belajar melalui penulisan, dapatkan buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd).
Bagi pembelian daripada penulis, layari http://www.belibacabuku.blogspot.com/ atau e-mel ke sy_amd2001@yahoo.com.
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 20, 2011
:: Simple English - Makluman
Adalah dimaklumkan bahawa Simple English tidak akan keudara pada 21/2/2011. Simple English akan bersambung semula dengan siri ke-8 pada minggu hadapan. Hari dan waktunya adalah sama iaitu Isnin (28/2), jam 3:10 - 3:25 petang.
Sekian, dimaklumkan.
Sekian, dimaklumkan.
Monday, February 14, 2011
:: Simple English : Siri 7 - Ulangkaji Teknik Belajar Melalui Lagu
Ini adalah pengisian siri ketujuh daripada 13 siri Simple English yang ke udara di MutiaraFM (Pulau Pinang) pada setiap hari Isnin bermula jam 3:10 petang.
SEGMEN 1 – GRAMMAR TIPS
Sepertimana minggu lepas, pada hari ini, kita akan 'bermain-main' dengan ayat/perkataan. Jika pada minggu lepas kita telah belajar bagaimana "I have no idea", "I have no clue" dan "Beats me" memberitahu mesej yang sama iaitu "I don't know" ataupun "Saya tidak tahu", pada hari ini kita akan bermain-main pula dengan perkataan - "Relax".
Saya percaya kita semua sudah biasa mendengar perkataan "Relax", apatah lagi dalam kamus bahasa Melayu sendiri wujud perkataan ini walaupun ejaannya berbeza. Dalam bahasa Inggeris ia dieja sebagai 'R-E-L-A-X' manakala ejaan Melayunya pula ialah 'R-E-L-A-K-S'. Dan perkataan ini juga kita gunakan dalam keadaan-keadaan tertentu yang selalunya merujuk kepada '(be)rehat' dan '(ber)tenang'. Pun begitu pada hari ini, kita akan bercakap mengenai ayat-ayat yang merujuk kepada 'bertenang'.
Beberapa perkataan/ayat lain yang boleh menggantikan 'Relax' ialah :
(a) Calm down.
(b) Take it easy.
(c) Loosen up.
Atau bagi anak-anak muda mungkin mahu menggunakan :
(d) Chill out! (Slanga)
Contoh penggunaan :
DJ NURUL : I have been working since morning.
SYALINA : You are working too hard. You need to loosen up a little bit.
..................................
SYALINA : Oh, no. My purse is not in my bag.
DJ NURUL : Okay... Okay... Calm down, Syalina. Maybe you left it at home.
..................................
DJ NURUL : Did you hear that?
SYALINA : You mean that [eerie sound] sound?
DJ NURUL : Yes. A ghost, maybe?
SYALINA : Take it easy. That was just my little brother, always trying to scare us!
..................................
SYALINA : The train hasn't arrived yet. It's already 10:00 p.m.
DJ NURUL : Chill out! The train will be here soon.
Jawapan – "You need to loosen up", "Calm down", "Take it easy" dan "Chill out!" di atas semuanya memberitahu perkara yang sama iaitu, "Relax." Jadi di masa hadapan, saudara bolehlah mencuba salah satu jawapan tersebut.
Sekian bagi segmen pertama.
SEGMEN 2 : ULANGKAJI TEKNIK BELAJAR MELALUI LAGU
Dalam siri ketujuh ini, kita akan mengulangkaji secara ringkas teknik belajar melalui lagu.
Saya ada menerima beberapa maklumbalas dan soalan mengenai teknik ini, agar teknik belajar melalui lagu ini dapat diperjelaskan lagi. Dua soalan yang paling menarik untuk saya kongsikan bersama saudara pada hari ini ialah:
(a) Saya jarang sekali mendengar lagu Inggeris. Bolehkah saya mempraktikkan teknik (belajar melalui lagu) ini dengan cara paling mudah tanpa perlu mendengar lagu-lagu Inggeris yang terlalu panjang?
(b) Bolehkah menggunakan lagu kanak-kanak (nursery rhymes)?
Baiklah. Kita gabungkan kedua-dua soalan ini dengan memberikan satu jawapan mudah iaitu – BOLEH.
Dalam siri khas ini, sebuah lagu paling senang dan mudah untuk dinyanyikan akan dijadikan contoh. Lagu tersebut berjudul "Twinkle Twinkle Little Star". Lagu ini pastinya diketahui oleh sesiapa sahaja. Bagi yang tidak pernah mendengarnya, bertanyalah kepada anak-anak, cucu-cucu atau sesiapa sahaja. Mereka pasti tahu.
Sebenarnya, dengan menggunakan lagu semudah ini, saudara boleh memperbaiki bahasa Inggeris saudara. Dengan menggunakan tip-tip pembelajaran melalui lagu yang pernah diberikan sebelum ini, lagu semudah "Twinkle Twinkle Little Star" boleh membantu saudara memperbaiki sebutan dan intonasi. Jika saudara belum bersedia mendengar lagu-lagu Inggeris yang panjang, gunakanlah lagu kanak-kanak yang mungkin sudah saudara ketahui.
Di antara lagu kanak-kanak yang saya pasti sudah diketahui ramai ialah "Baa Baa Black Sheep", "London Bridge is Falling Down", "Are You Sleeping?", "Row Row Row Your Boat" dan sebagainya. Mungkin saudara tidak mengetahu liriknya, tetapi sekurang-kurangnya saudara sudah biasa mendengar melodinya.
Lagu-lagu ini juga adalah lagu yang cukup pendek dan mudah untuk dinyanyikan/dihafal. Dan jika saudara mempunyai anak-anak yang masih kecil, lagu-lagu ini boleh dinyanyikan bersama mereka. Ini bermakna, saudara akan mendapat manfaat daripadanya, anak-anak saudara juga begitu.
* Siri 7 diteruskan dengan contoh-contoh dan latihan praktikal bagaimana pendengar boleh memperbaiki bahasa Inggeris menggunakan lagu "Twinkle Twinkle Little Star".
Baiklah saudara, teruskan bersama kami pada minggu hadapan untuk mengikuti bahagian pertama teknik pembelajaran bahasa Inggeris melalui penulisan.
Perkongsian pada minggu ini juga boleh diakses di alamat blog http://www.englishbagus.blogspot.com/.
Terima kasih kerana mengikuti Simple English di MutiaraFM. Sama-samalah kita praktikkan dan ingatlah bahawa – BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA!
Nota :
Untuk mendapatkan lebih banyak tip mengenai teknik belajar melalui lagu, dapatkan buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd).
Bagi pembelian daripada penulis, layari http://www.belibacabuku.blogspot.com/ atau e-mel ke sy_amd2001@yahoo.com.
Update Siri 7, 17 Feb 2011
Saya ada menerima maklumbalas dan pertanyaan mengenai siri ke-7 Simple English , iaitu mengenai lagu 'Twinkle Twinkle Little Star' yang dimainkan dalam siri tersebut.
Sebagai makluman, lagu yang dijadikan contoh tersebut adalah daripada persembahan GiggleBellies. Saya amat menyukai versi ini kerana ia amat menenangkan dan mendamaikan. Saya yakin saudara juga akan menyukainya.
Ia bukan sahaja sesuai bagi hiburan kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa. So, enjoy the clip!

Monday, February 7, 2011
:: Simple English : Siri 6 - Pembelajaran Melalui Bahan Bacaan (Bhg 3)
Ini adalah pengisian siri keenam daripada 13 siri Simple English yang ke udara di MutiaraFM (Pulau Pinang) pada setiap hari Isnin bermula jam 3:10 petang.
SEGMEN 1 – GRAMMAR TIPS
Dalam siri keenam ini dan siri pada minggu hadapan, kita hendak lari sedikit daripada grammar yang seumpamanya. Pada hari ini, kita hendak bercakap tentang bagaimana kita boleh mempelbagaikan sesuatu ayat yang kita gunakan.
Mungkin kita sudah biasa menggunakan sesuatu ayat itu sehingga sudah mahir menyebutnya dan tahu bagaimana hendak menggunakannya. Jadi, bagaimana kita hendak menyampaikan perkara yang sama kepada orang lain (sama ada dalam perbualan dan sebagainya), tetapi menggunakan ayat-ayat yang berbeza.
Baiklah. Pada hari ini, saya berikan satu contoh dahulu supaya mudah bagi saudara memahami apa yang saya maksudkan. Jika orang bertanya kepada kita dan kita tidak tahu, selalunya kita akan menjawab – "I do not know" atau singkatannya, "I don't know." Pun begitu pada kali ini, kita hendak mengubah jawapan tersebut kepada jawapan-jawapan lain selain "I don't know."
Antaranya :
(a) I have no idea.
(b) I have no clue.
Atau jika bersama kawan-kawan, kita boleh sahaja berkata :
(c) Beats me!
Kita ikuti contoh penggunaannya seperti berikut :
NURUL : Is she okay?
SYALINA : I have no idea.
................................................
NURUL : Do they know each other?
SYALINA : I have no clue.

DJ NURUL : What time is the meeting?
SYALINA : Beats me!

Jawapan – "I have no idea", "I have no clue" dan "Beats me" semuanya memberitahu perkara yang sama iaitu - "I don't know." Jadi di masa hadapan, saudara bolehlah mencuba salah satu jawapan tersebut.
Sekian bagi segmen pertama.
SEGMEN 2 : TEKNIK BELAJAR BAHASA INGGERIS MELALUI BAHAN BACAAN (BAHAGIAN 3)
Saudara sedang mendengar segmen kedua rancangan Simple English di mana melalui segmen kedua ini, saya akan memberikan teknik-teknik bagaimana saudara boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah, murah dan berkesan.
Bagi saudara yang tidak berkesempatan mengikuti siri-siri lepas atau mahu membuat rujukan lanjut, saudara bolehlah mendapatkan maklumatnya pada menu di bahagian kanan blog ini. Saudara boleh memilih siri-siri yang saudara mahukan.
Ini adalah bahagian ketiga teknik pembelajaran melalui bahan bacaan. Seperti yang diberitahu sebelum ini, membaca perlulah dengan kuat. Membaca dengan kuat menggunakan sebutan dan intonasi yang betul akan melatih lidah menyebut perkataan-perkataan Inggeris. Paling penting adalah sebutan.
Pernahkah saudara mendengar kaedah 'Phonics'? Kaedah ini mengajar kita sebutan setiap huruf. Sebagai contoh, kita tahu 'a' adalah 'a', tetapi melalui Phonics, kita akan belajar bunyi huruf 'a', bunyi huruf 'b', kemudian 'th' bagaimana pula bunyi dan sebutannya.
Terdapat banyak buku dalam pasaran sekarang yang mengajar kaedah Phonics. Kebanyakan tadika juga menggunakan kaedah ini. Pun begitu, walaupun buku-buku ini diterbitkan untuk kanak-kanak yang mahu belajar membaca, tidak salah bagi kita orang dewasa menggunakannya.
Baiklah. Mungkin sukar bagi saudara sebagai individu dewasa hendak belajar melalui buku-buku tersebut kerana tiada guru di hadapan saudara. Kanak-kanak di tadika mempunyai guru yang mengajar mereka. Untuk itu, jalan paling mudah untuk saudara mempelajari bunyi huruf-huruf ini ialah melalui Internet. Sebagai contoh, pergi sahaja ke www.youtube.com, taipkan 'phonics' dan klik 'search'.
Saudara. Menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan yang tepat amat penting. Sebagai contoh, bagi perkataan 'GoD' dan 'goT', selalunya orang kita akan menyebut 'god', walhal dua perkataan ini membawa maksud berbeza sama sekali. Contoh lain adalah 'baD' dan 'baT', 'THree' dan 'Tree' dan sebagainya.
Kesilapan-kesilapan lain yang biasanya berlaku : Three disebut 'tree', Five = Fai, Six = Sick/Sip, Seven = Seben dan sebagainya. Dan seperkara lagi yang paling ketara ialah apabila kita menyebut perkataan-perkataan yang mengandungi 'th' seperti 'the', 'there', 'faith' dan sebagainya. Ini semua boleh diperbaiki dengan latihan yang kerap.
Bagaimanapun, diharapkan para pendengar tidak salah faham. Apabila kita bercakap mengenai 'sebutan' pada hari ini, kita tidak maksudkan sebutan dalam pelat Amerika atau British.
Jadi bagaimanakah kita mampu memperbaiki kesilapan-kesilapan ini? Antara caranya ialah ialah dengan banyak membaca dengan kuat, atau menyanyi seperti yang pernah kita bincangkan sebelum ini, atau belajar melalui kaedah Phonics.
Apabila membaca dengan kerap dan dibaca pula dengan kuat, saudara akan berlatih menyebutnya dengan tepat!
Bagi menonton video contoh kaedah Phonics, mohon klik link di bawah. Mungkin saudara boleh mula berlatih menyebut bunyi hurufnya sekali! :)
http://englishbagus.blogspot.com/2010/08/phonics-fonetik.html
Menggunakan Kamus
Baiklah. Latihan membaca tidak akan lengkap dan sempurna tanpa kamus. Kamus dwi-bahasa adalah wajib. Pastinya ini adalah suatu perkara yang semua orang tahu.
Bagi individu dewasa, jalan paling mudah untuk membuat semakan ialah dengan menggunakan kamus dalam talian (online). Di Google pun sudah ada sekarang, begitu juga di laman web Dewan Bahasa & Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my) dan sebagainya. Bagi semakan sebutan pula, saudara bolehlah menggunakan kamus online dari luar negara yang mana mereka telah menyediakan audio rakaman yang akan memberitahu saudara bagaimana sesuatu perkataan itu disebut.
Sebagai contoh, jika saudara tidak pasti bagaimanakah sebutan perkataan yang ejaannya begini – F..L..O..U..R.., saudara pergi sahaja ke kamus online berkenaan, taipkan perkataannya dan klik 'search'. Saudara akan dapat membuat semakan sebutan sekaligus mendapatkan maknanya. Pun begitu bukan semua kamus online yang menyediakan servis ini. Saudara bolehlah mencari-cari dan mengenal pasti kamus online mana yang sesuai. Ini ada satu contoh :
http://www.thefreedictionary.com
Sukar bagi saya untuk memberitahu saudara kamus online mana yang paling sesuai untuk saudara kerana terdapat banyak kamus online di Internet. Pengisian serta servis mereka juga berbeza. Keperluan saudara juga mungkin berbeza. Jadi cara paling mudah bagi saudara mengenal pasti kamus online mana yang paling serasi dengan saudara ialah dengan mencuba beberapa kamus online pada peringkat awal. Kemudian pilihlah mana satu yang sesuai dan selesa mengikut kehendak saudara, mungkin penggunaan bahasa yang mudah, atau susun atur bahannya yang kemas dan sebagainya.
Pun begitu bagi adik-adik pelajar, adalah dinasihatkan supaya tidak menjadikan kamus online ini satu budaya. Kerana pertama sekali, secanggih mana pun teknologi pada hari ini, kamus tradisi masih memainkan peranan penting.
Kita perlu ingat, bukan semua tempat mempunyai akses Internet, bukan semua tempat menyediakan komputer dan bukan semua tempat membenarkan komputer dibawa masuk. Jadi, latihlah diri bagi menggunakan kamus secekap yang boleh. Jika menggunakan kamus online pun, mungkin bagi menyemak sebutan perkataan sahaja.
Baiklah saudara, teruskan bersama kami pada minggu hadapan untuk mengikuti siri khas ulangkaji teknik pembelajaran melalui lagu. Saya ada menerima beberapa soalan mengenai teknik ini, agar dapat diperjelaskan lagi. Ada juga yang bertanya mengenai pembelajaran menggunakan lagu kanak-kanak atau nursery rhymes. Boleh atau tidak dan sebagainya.
Jadi dalam siri ketujuh pada minggu hadapan, saudara akan melihat bagaimana bahasa Inggeris dapat dipelajari dengan mudah dengan hanya menggunakan lagu yang paling ringkas dan senang, tetapi berkesan.
Perkongsian pada minggu ini juga boleh diakses di alamat blog http://www.englishbagus.blogspot.com.
Terima kasih kerana mengikuti Simple English di MutiaraFM. Sama-samalah kita praktikkan dan ingatlah bahawa – BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA!
Nota :
Untuk mendapatkan lebih banyak tip mengenai teknik belajar melalui bahan bacaan, dapatkan buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd).
Bagi pembelian daripada penulis, layari http://www.belibacabuku.blogspot.com atau e-mel ke sy_amd2001@yahoo.com.

Tuesday, February 1, 2011
:: Simple English : Aktiviti Bersama Pendengar Siri 6 - "Tongue Twisters"
Seperti yang dimaklumkan melalui Simple English semalam, aktiviti bersama pendengar Siri ke-6 pada hari Isnin hadapan (7 Feb) mengajak pendengar menghubungi kami di konti. Kemudian, sebutkan salah satu tongue-twisters yang diberikan di bawah.
Jadi bolehlah saudara berlatih dalam masa seminggu ini dan hubungi kami di nombor telefon 04-2264244 pada 7 Februari 2011. Simple English bersiaran pada setiap hari Isnin bermula jam 3:10 petang di Mutiara FM. Dengarkan!
Tugasan : Sebutkan salah satu (ya, satu sahaja) tongue-twisters di bawah selaju yang boleh dan saudara akan menerima hadiah sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Mudahkan!
(a) A box of biscuits, a box of mixed biscuits and a biscuit mixer.
(b) Red leather, yellow leather, red leather, yellow leather.
(c) A big black bear sat on a big black bug
(d) No need to light a night light on a light night like tonight.
(e) Plain bun, plum bun, bun without plum.
Selamat berusaha!

Subscribe to:
Posts (Atom)