Monday, April 4, 2011

:: Simple English : Siri 13

Siri ke-13 ini adalah merupakan siri terakhir bagi rancangan Simple English. Rancangan yang telah bermula sejak 3 Januari lepas ke udara pada setiap hari Isnin dari jam 3:10 - 3:25 petang.

Alhamdulillah, melalui rancangan ini, kami sempat menganjurkan pertandingan bercerita "Simple English - Storytelling Competition" yang diadakan pada 13 Mac 2011 yang lalu. Maklumat lanjut mengenainya boleh saudara perolehi dari link berikut :

http://englishbagus.blogspot.com/2011/03/storytelling-competition-tahniah-kepada.html

Sebagai penutup, pengisian bagi siri ke-13 adalah lebih santai. Di antara yang dikongsikan bersama pendengar adalah seperti di bawah.

USEFUL WEBSITES

1) http://www.usingenglish.com/

Antara keistimewaan :

(a) Rujukan & tip pembelajaran bahasa Inggeris.

(b) Kuiz & latihan (dan banyak lagi).

(c) Forum perbincangan (boleh bertanya soalan dan meminta bantuan mengenai apa sahaja berkaitan bahasa Inggeris, contohnya bertanya mengenai penulisan, grammar, pengajaran, pembelajaran dan sebagainya).

2) http://www.poetry4kids.com/

Antara keistimewaan :

(a) Koleksi puisi lucu yang amat sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak malah golongan dewasa.

(b) Poetry lessons – Tip-tip menulis puisi. Salah satu cara mudah untuk belajar menulis puisi bahasa Inggeris ialah dengan belajar menulis puisi kanak-kanak terlebih dahulu kerana puisi kanak-kanak menggunakan bahasa yang mudah. Pemilihan perkataannya juga mudah.

(c) Rhyming dictionary – Berfungsi seperti enjin pencari bagi mencari words that rhyme (seperti pantun – hujungnya sama). Sebagai contoh, perkataan apa yang rhyme dengan 'where'. Cuma taipkan 'where' pada enjin pencari rhyming dictionary berkenaan dan perkataan-perkataan yang mungkin tertera ialah air, dare, anywhere, everywhere dan millionaire.

3) http://www.englishbagus.blogspot.com/

Antara keistimewaan :

(a) Perbincangan siri-siri lepas rancangan Simple English.

(b) Tip-tip serta informasi pembelajaran & pengajaran bahasa Inggeris yang dikemaskini pada setiap minggu.


KUIZ DI BLOG ENGLISH BAGUS

Walaupun Simple English sudah berakhir, kuiz akan diteruskan di blog English Bagus bermula hari Rabu ini bersamaan 6 April 2011.

Kuiz akan berlangsung selama 8 minggu berturut-turut di mana satu hadiah akan diberikan kepada seorang pemenang pada setiap minggu. Hadiah adalah sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris".

Cara menyertai kuiz ini : Kunjungi blog http://www.englishbagus.blogspot.com/ dan jawab soalan yang diberikan. Soalan/tugasan berubah pada setiap minggu. Syarat-syarat penyertaan juga mungkin berubah mengikut soalan yang diberikan pada minggu tersebut.

Oleh kerana hadiah bagi kuiz di blog English Bagus ini adalah berlainan daripada hadiah aktiviti bersama pendengar Simple English di radio, maka yang pernah memenangi hadiah daripada kami di Simple English sebelum ini boleh turut mengambil bahagian.

Seperti yang dinyatakan, soalan-soalan akan diberikan pada setiap hari Rabu mulai Rabu ini bersamaan 6 April 2011.

Selamat mencuba!


AKTIVITI DI BAZAR BUKU PULAU PINANG

Insya-Allah, Syalina Ahmad akan berada di Bazar Buku Pulau Pinang di Dewan Milenium Kepala Batas pada 9 April 2011 (Sabtu) ini bermula jam 12:00 tengahari.

Aktiviti berasaskan bahasa Inggeris akan diteruskan di sana, antaranya kuiz untuk adik-adik dan aktiviti untuk pengunjung dewasa. Dan oh, ada hadiah lagi!

Selain itu, Syalina Ahmad akan turut mempromosikan buku Huhaland Taman Ajaib, Kem TIMUR, Emilda Catatan Seorang Perindu dan English Bagus. Bagi mendapatkan info lanjut mengenai buku-buku yang disebutkan, mohon layari http://www.belibacabuku.blogspot.com/.

Kita berjumpa di sana ya! :)


UCAPAN PENGHARGAAN

Saya, Syalina Ahmad, mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada :

(a) Pihak MutiaraFM, terutamanya penerbit rancangan Simple English iaitu DJ Nurul Husna.

(b) Pihak Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd yang telah menaja hadiah-hadiah bagi segmen bersama pendengar serta hadiah-hadiah tambahan bagi kuiz di blog English Bagus.

(c) Pihak media yang telah menulis artikel mengenai Simple English sejak ia mula bersiaran.

(d) Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan "Simple English - Storytelling Competition" iaitu Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah selaku penganjur bersama, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang dan MutiaraFM sendiri. Begitu juga kesemua sekolah yang terlibat iaitu SK Ara Rendang, SK Bukit Teh, SK Kebun Sireh, SK Permatang Buloh, SK Mengkuang, SK Padang Menora, SK Permatang Pasir, SK Permatang Pauh, SRI Al-Masriyah dan SRI Al-Itqan. Tidak dilupakan para penaja yang terdiri daripada Munif Hijjaz Sdn Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd, Hasani Edar, E-Sakinah Studio, Smileyriver Online, Galeri Ilmu Sdn Bhd dan majalah Asuh.

(e) Penulis bersama saya bagi buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" iaitu Saudara Yusmadi Norashid.

(f) Dan semestinya semua pendengar yang setia mendengar rancangan Simple English!

Teruskan mengunjungi blog English Bagus di http://www.englishbagus.blogspot.com/ selepas ini kerana banyak lagi tip dan teknik akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.


Syalina Ahmad



No comments: