Ini adalah pengisian siri
keenam daripada 13 siri
Simple English yang ke udara di
MutiaraFM (Pulau Pinang) pada setiap hari
Isnin bermula jam
3:10 petang.
SEGMEN 1 – GRAMMAR TIPSDalam siri keenam ini dan siri pada minggu hadapan, kita hendak lari sedikit daripada
grammar yang seumpamanya. Pada hari ini, kita hendak bercakap tentang bagaimana kita boleh mempelbagaikan sesuatu ayat yang kita gunakan.
Mungkin kita sudah biasa menggunakan sesuatu ayat itu sehingga sudah mahir menyebutnya dan tahu bagaimana hendak menggunakannya. Jadi, bagaimana kita hendak menyampaikan perkara yang sama kepada orang lain (sama ada dalam perbualan dan sebagainya), tetapi menggunakan ayat-ayat yang berbeza.
Baiklah. Pada hari ini, saya berikan satu contoh dahulu supaya mudah bagi saudara memahami apa yang saya maksudkan. Jika orang bertanya kepada kita dan kita tidak tahu, selalunya kita akan menjawab –
"I do not know" atau singkatannya,
"I don't know." Pun begitu pada kali ini, kita hendak mengubah jawapan tersebut kepada jawapan-jawapan lain selain
"I don't know."Antaranya :
(a) I have no idea.
(b) I have no clue.
Atau jika bersama kawan-kawan, kita boleh sahaja berkata :
(c) Beats me!
Kita ikuti contoh penggunaannya seperti berikut :
NURUL : Is she okay?
SYALINA : I have no idea.
................................................
NURUL : Do they know each other?
SYALINA : I have no clue.
................................................
DJ NURUL : What time is the meeting?
SYALINA : Beats me!
................................................
Jawapan –
"I have no idea",
"I have no clue" dan
"Beats me" semuanya memberitahu perkara yang sama iaitu -
"I don't know." Jadi di masa hadapan, saudara bolehlah mencuba salah satu jawapan tersebut.
Sekian bagi segmen pertama.
SEGMEN 2 : TEKNIK BELAJAR BAHASA INGGERIS MELALUI BAHAN BACAAN (BAHAGIAN 3)Saudara sedang mendengar segmen kedua rancangan
Simple English di mana melalui segmen kedua ini, saya akan memberikan teknik-teknik bagaimana saudara boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan
mudah,
murah dan
berkesan.
Bagi saudara yang tidak berkesempatan mengikuti siri-siri lepas atau mahu membuat rujukan lanjut, saudara bolehlah mendapatkan maklumatnya pada menu di bahagian kanan blog ini. Saudara boleh memilih siri-siri yang saudara mahukan.
Ini adalah
bahagian ketiga teknik pembelajaran melalui bahan bacaan. Seperti yang diberitahu sebelum ini, membaca perlulah dengan kuat. Membaca dengan kuat menggunakan sebutan dan intonasi yang betul akan melatih lidah menyebut perkataan-perkataan Inggeris. Paling penting adalah
sebutan.
Pernahkah saudara mendengar kaedah
'Phonics'? Kaedah ini mengajar kita sebutan setiap huruf. Sebagai contoh, kita tahu
'a' adalah
'a', tetapi melalui
Phonics, kita akan belajar
bunyi huruf 'a',
bunyi huruf 'b', kemudian
'th' bagaimana pula bunyi dan sebutannya.
Terdapat banyak buku dalam pasaran sekarang yang mengajar kaedah
Phonics. Kebanyakan tadika juga menggunakan kaedah ini. Pun begitu, walaupun buku-buku ini diterbitkan untuk kanak-kanak yang mahu belajar membaca, tidak salah bagi kita orang dewasa menggunakannya.
Baiklah. Mungkin sukar bagi saudara sebagai individu dewasa hendak belajar melalui buku-buku tersebut kerana tiada guru di hadapan saudara. Kanak-kanak di tadika mempunyai guru yang mengajar mereka. Untuk itu, jalan paling mudah untuk saudara mempelajari bunyi huruf-huruf ini ialah melalui Internet. Sebagai contoh, pergi sahaja ke
www.youtube.com, taipkan
'phonics' dan klik
'search'.
Saudara. Menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan yang tepat amat penting. Sebagai contoh, bagi perkataan
'GoD' dan
'goT', selalunya orang kita akan menyebut 'god', walhal dua perkataan ini membawa maksud berbeza sama sekali. Contoh lain adalah
'baD' dan
'baT',
'THree' dan
'Tree' dan sebagainya.
Kesilapan-kesilapan lain yang biasanya berlaku :
Three disebut
'tree',
Five =
Fai,
Six =
Sick/Sip,
Seven =
Seben dan sebagainya. Dan seperkara lagi yang paling ketara ialah apabila kita menyebut perkataan-perkataan yang mengandungi
'th' seperti
'the',
'there',
'faith' dan sebagainya. Ini semua boleh diperbaiki dengan latihan yang kerap.
Bagaimanapun, diharapkan para pendengar tidak salah faham. Apabila kita bercakap mengenai 'sebutan' pada hari ini, kita tidak maksudkan sebutan dalam pelat Amerika atau British.
Jadi bagaimanakah kita mampu memperbaiki kesilapan-kesilapan ini? Antara caranya ialah ialah dengan banyak membaca dengan kuat, atau menyanyi seperti yang pernah kita bincangkan sebelum ini, atau belajar melalui kaedah
Phonics.
Apabila membaca dengan kerap dan dibaca pula dengan kuat, saudara akan berlatih menyebutnya dengan tepat!
Bagi menonton video contoh kaedah
Phonics, mohon klik
link di bawah. Mungkin saudara boleh mula berlatih menyebut bunyi hurufnya sekali! :)
http://englishbagus.blogspot.com/2010/08/phonics-fonetik.htmlMenggunakan KamusBaiklah. Latihan membaca tidak akan lengkap dan sempurna tanpa
kamus.
Kamus dwi-bahasa adalah wajib. Pastinya ini adalah suatu perkara yang semua orang tahu.
Bagi individu dewasa, jalan paling mudah untuk membuat semakan ialah dengan menggunakan
kamus dalam talian (
online). Di
Google pun sudah ada sekarang, begitu juga di laman web
Dewan Bahasa & Pustaka (
http://prpm.dbp.gov.my) dan sebagainya. Bagi semakan sebutan pula, saudara bolehlah menggunakan
kamus online dari luar negara yang mana mereka telah menyediakan audio rakaman yang akan memberitahu saudara bagaimana sesuatu perkataan itu disebut.
Sebagai contoh, jika saudara tidak pasti bagaimanakah sebutan perkataan yang ejaannya begini –
F..L..O..U..R.., saudara pergi sahaja ke
kamus online berkenaan, taipkan perkataannya dan klik
'search'. Saudara akan dapat membuat semakan sebutan sekaligus mendapatkan maknanya. Pun begitu bukan semua
kamus online yang menyediakan servis ini. Saudara bolehlah mencari-cari dan mengenal pasti
kamus online mana yang sesuai. Ini ada satu contoh :
http://www.thefreedictionary.comSukar bagi saya untuk memberitahu saudara
kamus online mana yang paling sesuai untuk saudara kerana terdapat banyak
kamus online di Internet. Pengisian serta servis mereka juga berbeza. Keperluan saudara juga mungkin berbeza. Jadi cara paling mudah bagi saudara mengenal pasti
kamus online mana yang paling serasi dengan saudara ialah dengan mencuba beberapa
kamus online pada peringkat awal. Kemudian pilihlah mana satu yang sesuai dan selesa mengikut kehendak saudara, mungkin penggunaan bahasa yang mudah, atau susun atur bahannya yang kemas dan sebagainya.
Pun begitu bagi adik-adik pelajar, adalah dinasihatkan supaya tidak menjadikan
kamus online ini satu budaya. Kerana pertama sekali, secanggih mana pun teknologi pada hari ini,
kamus tradisi masih memainkan peranan penting.
Kita perlu ingat, bukan semua tempat mempunyai akses Internet, bukan semua tempat menyediakan komputer dan bukan semua tempat membenarkan komputer dibawa masuk. Jadi, latihlah diri bagi menggunakan kamus secekap yang boleh. Jika menggunakan
kamus online pun, mungkin bagi menyemak sebutan perkataan sahaja.
Baiklah saudara, teruskan bersama kami pada minggu hadapan untuk mengikuti siri khas ulangkaji teknik pembelajaran melalui lagu. Saya ada menerima beberapa soalan mengenai teknik ini, agar dapat diperjelaskan lagi. Ada juga yang bertanya mengenai pembelajaran menggunakan lagu kanak-kanak atau
nursery rhymes. Boleh atau tidak dan sebagainya.
Jadi dalam
siri ketujuh pada minggu hadapan, saudara akan melihat bagaimana bahasa Inggeris dapat dipelajari dengan mudah dengan hanya menggunakan lagu yang paling ringkas dan senang, tetapi berkesan.
Perkongsian pada minggu ini juga boleh diakses di alamat blog
http://www.englishbagus.blogspot.com.
Terima kasih kerana mengikuti
Simple English di
MutiaraFM. Sama-samalah kita praktikkan dan ingatlah bahawa –
BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA!Nota :Untuk mendapatkan lebih banyak tip mengenai teknik belajar melalui bahan bacaan, dapatkan buku
"English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd).
Bagi pembelian daripada penulis, layari
http://www.belibacabuku.blogspot.com atau e-mel ke
sy_amd2001@yahoo.com.