Tidak lama dahulu saya menganjurkan bengkel Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama. Menariknya, pelajar-pelajar di sana begitu sporting sekali. Walaupun malu-malu, mereka bersedia melayani permintaan saya untuk menyanyi bersama-sama.
Lagu-lagu Inggeris dari Barat mempunyai melodi yang menarik dan catchy. Pun begitu sayang sekali, bukan semua lagu sesuai diikuti oleh kita semua terutamanya anak-anak remaja.
Kita tahu pelajar-pelajar kita menggemari sesebuah lagu itu, namun liriknya tidak sesuai. Jadi, apakah langkah terbaik yang boleh kita praktikkan? Kita ambil melodi lagu-lagu popular dan tukarkan liriknya. It's that simple!
Lirik-lirik bolehlah dikaitkan dengan fakta sejarah, pembelajaran Bahasa Inggeris malah formula matematik sekali pun! It's fun. Dengan cara ini, pelajar akan beroleh dua kebaikan sekali gus iaitu menghayati melodi lagu kegemaran dan pada masa yang sama mendapat ilmu melalui informasi yang terdapat di dalam lirik lagu.
Di bawah ialah salah satu contoh. Liriknya saya tulis mengikut melodi lagu Jason Mraz berjudul "I'm Yours".
MARI KITA, MARI KITA NYANYI BERSAMA
BILA KITA NYANYI, KITA RASA SANGAT GEMBIRA
MENYANYI BERSAMA-SAMA
BELAJAR BERSAMA
KITA SUKA, AWAK SUKA, CIKGU PUN SUKA
BILA MARKAH KITA NAIK LIMA KALI GANDA
JANGANLAH BERDUKA
MAK AYAH PUN GEMBIRA
NOUNS ARE THINGS OR PLACES, ANIMALS AND PEOPLE
THESE ARE NOUNS:
AIRPLANE, LIBRARY, OSTRICH, JERRY OR HARRY
THOSE ARE NOUNS....
Lirik boleh menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti di atas. Dengan cara ini, pelajar-pelajar boleh turut serta di dalam penulisan lirik. Mungkin mereka boleh menulis lirik di dalam Bahasa Melayu secara berkumpulan manakala bahan Bahasa Inggerisnya pula dibantu oleh guru.
Selamat mencuba!
Syalina Ahmad
No comments:
Post a Comment