Sunday, September 23, 2018

Kalaulah Kita Boleh Belajar Menggunakan Lagu.......




Kalau kita buat macam ni, ada tak yang akan kata kita 'buang tabiat'? Jom ceriakan sesi pembelajaran menggunakan lagu. Senang nak ingat info/fakta sebenarnya kalau berlagu... Semua orang suka mendengar lagu kan?

Rapping/Rap ialah salah satu kaedah berkesan untuk membiasakan lidah menyebut perkataan-perkataan Inggeris. Macam tongue twisters juga, berbelit tapi berkesan. Cuma bezanya, rap ada melodinya. Jom cuba lagu dari telefilem “The Ron Clark Story/The Triumph” ni. Lirik disertakan.

*****

RON CLARK: None of you passed the test and there's going to be 'punishment'. I want you to pass these all around.

[MUSIC]

Now let's get down to some Presidential learnin'
We'll start with George Washington straight from Mount Vernon
The first President and Commander in Chief
Fought the Revolutionary War so we could be free
John Adams was second, Thomas Jefferson third
When we fought for independence, their voices were heard
When in the course of human events
We took a stand and we've been doing it since
It's a tribute to the leaders of the USA
It's the Presidents Rap
Alright, Alright
Okay, Okay.

Saturday, September 22, 2018

Crossword Puzzle Maker

Mudahnya sekarang! Zaman dulu boleh pening kalau nak buat Crossword Puzzles. Nak buat sebarang worksheet dah tak susah lagi dengan adanya auto maker. Satu perkara saya puji tentang mat salleh ialah mereka ini tidak pernah kedekut ilmu. Daripada tutorial, worksheet maker, poster design dan lain-lain, banyak yang diberi percuma.

Saya kongsikan dua Crossword Puzzles yang saya buat menggunakan Crossword Puzzle Maker dari http://worksheets.theteacherscorner.net. Tentulah ada banyak lagi laman web seumpamanya tapi saya selesa menggunakan laman web ini.

Kita boleh muat turun worksheets yang kita buat dalam bentuk PDF dan PNG. Semuanya percuma. Bukan hanya Crossword Puzzle, worksheet maker lain pun ada, contohnya Word Search, Match Up dan banyak lagi. Sekelip mata siap!

Selepas ini, kalau nak beri kuiz kepada murid, tak kiralah subjek apa pun, bolehlah buat dalam bentuk Crossword Puzzle atau Word Search sekali-sekala. Bosan tau asyik soalan subjektif dan objektif A,B,C,D ;-) Atau boleh sahaja ambil soalan-soalan dari buku aktiviti dan 'convert' ke dalam bentuk permainan ini.

Satu kekurangan - Di atas worksheets yang kita buat akan tertera nama laman web berkenaan (theteacherscorner.net). Kalau nakal, bolehlah dipadam sebelum difotostat untuk diberikan kepada murid. Saya tak padam sebagai memberi kredit kepada mereka. Lagipun ianya percuma kan.... :-)

Silalah gunakan Crossword Puzzles ini kalau mahu. Ambil sahaja. Format PDF disertakan di bawah. Untuk Crossword Puzzle "numbers" tu, sengaja saya buat begitu supaya murid boleh belajar/berlatih Bahasa Inggeris dan Matematik sekali gus.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN FORMAT PDF.

*** Kalau tak boleh buka, hantar e-mel ke syalinahmad@gmail.com.





Thursday, August 16, 2018

La Tahzan (Don't Despair) - Lirik

RAP #1:
They just wanna live in peace
Many eye witnesses can see
They make the innocents weep
And we all can see it
We need to make a change while there's still time
It is hard even they struggle to save lives
And we believe Gaza will be bright again
Just be patient
Let the fightin' spirit never end

VERSE 1:
My feet are sealed in the land of Gaza
Out of reach but it still brings me near to Paradise
They don't stop, no they won't, they move on, they don't give up
In Allah they have faith, may Allah guide our way
Doesn't matter where in this world we may be
Every step on His path will lead to destiny

C/O:
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
Don't despair, Allah will not leave us
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
Wipe your tears, Allah is here with us

RAP #2:
We truly hope that everybody understands the frame
The bullets fly in the sky
They drop bombs like rain
Try to be in their shoes and try to soak in the pain
Do you know how it feels to be living in the flame?
The kids die, women cry, the world is out of sight
The father can't even sleep at night, finding them a spot to hide
Blood shed everywhere, whether they're alive or dead
But one thing is for sure, Gaza will be bright back on the map

VERSE 2:
They will fight till the end, Fisabilillah
Every father of men, mother and child
Standing up for us all, for the blessed land, for Islam
Sacrificed all they had, their lives, their everything
Wake up! Let's rise it's time to go
How could we pretend not to hear?
The call is clear!

C/O:
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
Don't despair, Allah will not leave us
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
La Tahzan.. Rabbuna Ma'ana
Wipe your tears, Allah is here with us

BRIDGE:
Tell me, who is your God?
Who is the chosen one?
Tell me, what is your faith?
What is your meaning of life?


WATCH VIDEO:



Monday, August 13, 2018

Belajar Melalui "Cartoon Strips"




Belajar Bahasa Inggeris melalui cartoon strips. Boleh ajak anak-anak murid kumpul dan tampal dalam buku. Minta ibu bapa belikan akhbar Bahasa Inggeris dll.

Terpulanglah kepada murid nak pilih kartun yang mana, contohnya murid lelaki mungkin meminati cartoon strips "Batman". Jika mereka diberi kebebasan memilih, mereka akan lebih teruja untuk membaca dan mengumpul. Lagi pun, pilihan kita pendidik ni kadang-kadang memang membosankan (haha).

P/S: Yang ini memang all time favourite cartoon. Paling suka "Marvin" dan "Rugrats". Dulu-dulu saya rajin kumpul. Saya akan kongsi dari semasa ke semasa.

Credit & Tribute : TOM ARMSTRONG

Thursday, August 9, 2018

Let's Draw Nouns!


Bosankan asyik-asyik "A is for apple", "B is for ball", "C is for caterpillar" dan seterusnya? Kalau dapat melukis di atas kertas kosong lebih FUN. Bebas melukis apa sahaja. Kita boleh EXPLORE imaginasi dan kreativiti.



Worksheets kosong begini boleh digunakan oleh semua peringkat umur untuk mantapkan noun dan vocabulary. Kalau untuk kelas, boleh buat setiap hari atau seminggu sekali. Kalau bimbang murid tak dapat nak fikir spontan, boleh minta murid fikirkan "nouns" di rumah dan lukis di sekolah keesokan harinya.

Antara aktiviti yang boleh dibuat menggunakan worksheets ini:

STEP 1 - Murid bebas melukis apa sahaja. Cikgu pun join sekalilah baru seronok. Sediakan satu extra worksheet untuk cikgu gunakan.

STEP 2 - Tulis "noun" (lihat contoh dalam link di bawah).

STEP 3 - Warnakan.

STEP 4 - Beri gambaran/describe "noun" yang dilukis ("adjective").

STEP 5 - Bina ayat ringkas. Tuliskan.

STEP 6 - Sebut ayat yang sama dengan kuat.

Contoh "Step 5 & 6" (bina, tulis & sebutkan ayat):
The banana is green.
The white bowl is big.

HASIL:

1) Dapat berlatih melukis.
2) Dapat mengenal perkataan baru.
3) Dapat berlatih mengeja.
4) Dapat berlatih membina ayat.
5) Dapat membina keyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
6) Dapat belajar/mengajar GRAMMAR tanpa perlu memaksa murid menghafal nama/jenis GRAMMAR (nouns, verbs, adjectives dll).

Download worksheets lengkap dari link ini (format PDF):

https://drive.google.com/open?id=1VsgUxT-rhCqX5GADKwBl4NMQKzCwS5ef

Wednesday, February 7, 2018

Penulis Buku & Pengendali Bengkel "English Bagus!"


SYALINA AHMAD

PENGALAMAN DALAM PENERBITAN DAN PENULISAN LAGU

1. Penerbitan Lagu

:: Jangan Menghina - Inteam & Alif Satar.
:: La Tahzan (Don't Despair) - Zim Ezuan & Nocturnal Voice.
:: Srikandi Besi - Zeyad (Pengedar & Penerbit Bersama).

2. Penulisan Lagu

:: Adiwiraku (Munsyid Malaysia) - Lirik Bahasa Inggeris & Terjemahan.
:: Flow to Jannah (Simfoni) - Lirik.
:: La Tahzan/Don't Despair (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) - Lirik.
:: Bahagia Berkasih (Ahmadi Hassan) - Lirik.
:: You & I See (UNIC) - Lirik.
:: English For Everyone (Lagu tema program radio) - Melodi & Lirik.
:: Lagu tema Wanita IKRAM - Melodi.


PENGALAMAN DALAM PENULISAN BUKU & ARTIKEL

1. Penulisan Buku

:: Putera Dengan Gergasi (Fiksyen Kanak-Kanak) - Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.
:: Huhaland Taman Ajaib (Fiksyen Kanak-Kanak) - PTS Publications, 2011.
:: English Bagus! (Bukan Fiksyen) - Utusan Publications, 2010.
:: Kem TIMUR (Fiksyen Motivasi Remaja) - PTS Publications, 2010.
:: Emilda Catatan Seorang Perindu (Fiksyen Remaja) - PTS Publications, 2008.

2. Karya Lain

Artikel dan karya puisi pernah tersiar dalam majalah dan akhbar, antaranya majalah VISI terbitan IKIM, Malay Mail dan Youth Quake (New Straits Times).


PENGALAMAN PENGACARAAN, PENGENDALIAN & PENGANJURAN PROGRAM

:: Mengendali slot “Simple English” di Mutiara FM (RTM Pulau Pinang) bersama DJ Nurul Husna pada tahun 2011.

:: Menganjur dan mengendali pertandingan bercerita “Simple English : Storytelling Competition” dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia SPT, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang dan Mutiara FM.

:: Menganjur bengkel ilmiah, antaranya bengkel “Mantop Akidah, Akhlak, Akademik Bersama Ustaz Zamri”, “Asuh Fitrah” dan “English Bagus”.

:: Berurusan dengan Mutiara FM bagi menyusun slot khas di radio bersempena Ramadhan iaitu “Cahaya Ilahi” selama dua tahun di mana slot ini menampilkan temuramah DJ Mutiara FM bersama mualaf, begitu juga slot temuramah bersama Imam Palestin.

:: Berurusan dengan akhbar Sinar Harian bagi menyiarkan kolum kisah dan pengalaman hidup mualaf di Pulau Pinang.

:: Mengiringi promosi penyanyi dan komposer antarabangsa Zuraini Khalid Zonneveld @ Ani semasa mempromosi album “Ummah Wake Up” di Malaysia.

:: Menjadi AJK media bagi program-program anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dan diberi tanggungjawab berurusan dengan pihak media, antaranya Konvensyen Keluarga Sejahtera 2 (Wanita IKRAM Pulau Pinang) dan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang.

:: Menjadi speaker program-program jelajah sekolah seperti “Anda Bijak Jauhi Zina” (bersama Raudhatus Sakinah Pulau Pinang), “Menjejak Jati Diri Remaja Muslim” (Pasca UPSR), “English Bagus!” dan “Fun With English Year 6” (Pasca UPSR). Antara sekolah terlibat ialah SK Pengkalan Tentera Darat Sg Besi, SK Padang Menora, SK Mak Mandin, SK Permatang Buloh, SK Bumbong Lima, SMK Bertam Perdana, SMK Permatang Pasir, SMK Desa Murni, SMK Dato’ Kamaruddin Batu Kurau, SMK Tunku Ismail Sg Petani dan MRSM Baling.


Friday, August 18, 2017

LAGU : English Is For Everyone





YouTube: https://youtu.be/karnvH82wRs

Lagu ini ditulis dalam tahun 2011. Lirik disertakan dan minus one-nya (muzik sahaja) ada di bawah sekali.

Lagu ini digunakan bagi program radio "Simple English" (MutiaraFM/RTM Pulau Pinang).

ENGLISH IS FOR EVERYONE

You can do it
It's easy if you try
You gotta do it
You'll make it if you try
You can do it
Well it's easy if you try
You gotta do it, do it, doo-bee-doo
You gotta say, "I will do it"
You gotta say, "I will make it"
Don't stop believing you can do it
Don't stop trying
Because it's easy
English is for everyone

Melody & Lyrics: Syalina Ahmad
Copyrights: Smileyriver Online


Link Minus One:

https://drive.google.com/open?id=0B8wNwDQ8-eD1MnNtNG9hdndPM2s

**Jika ada masalah untuk download minus one ini, mohon e-mel ke smileyriveronline@gmail.com


Jom sing along!


Sunday, August 13, 2017

Flow to Jannah



Hasil kerja terbaru - Menterjemah lirik "Mengalir ke Syurga" (Simfoni) ke dalam Bahasa Inggeris. Boleh dengar versi penuh di platform digital seperti Spotify, KKBox, Deezer dan sebagainya.

Title : Flow to Jannah
Artist : Simfoni
Melody : Imtiaz Simfoni
Malay Lyrics : Fedtri Yahya
English Lyrics : Syalina Ahmad
Copyrights : UNICDOTMY PRO

Thursday, July 27, 2017

LAGU : Latihan 5 Dalam 1

Saya sering menekankan bahawa LAGU adalah salah satu kit pembelajaran Bahasa Inggeris yang paling efektif. Bukan sahaja efektif, malah menyeronokkan dan tidak membosankan pelajar.

Setiap bengkel saya akan dimulakan dengan action songs. Saya akan melompat bersama pelajar. Jika saya perlu menjadi 'monkey', maka saya akan menjadi 'monkey' - WAJIB.

Penggunaan sesebuah lagu dalam pembelajaran akan merangkumi 5 perkara iaitu mendengar, menulis, menterjemah, memahami & menyebut - 5 DALAM 1. Saya beri contoh seperti di bawah.



Maaf gambar kurang jelas kerana saya menggunakan telefon murah :) Boleh klik untuk besarkan gambar.

Ini ialah sebahagian daripada lirik lagu "Minecraftable" oleh Abtmelody yang sangat diminati oleh anak saya (Tahun 6). Saya pun minat sebab lagu ini sangat catchy ;) Owh sebelum itu, dimaklumkan bahawa Minecraft ialah sejenis video game (klik sini untuk info). Lagu "Minecraftable" ini juga ialah parodi kepada lagu "Animals" oleh Maroon 5.

Boleh dikatakan setiap hari kami mendengar lagu "Minecraftable". Pada awalnya, anak saya akan ikut menyanyi dan akan 'hentam' menyanyikan bahagian lirik yang kurang jelas atau terlalu laju bagi lidah Melayu. Namun kemudian, saya 'menawarkan' lirik lengkap kepadanya. Apa yang saya buat ialah:

LANGKAH 1:

Saya bacakan lirik dan dia menyalin tanpa melihat lirik berkenaan (zaman sekarang - Google sahaja liriknya). Jika dia ada membuat kesilapan semasa menyalin, diam dan biarkan. Jangan ganggu mood dia. Ini ialah latihan mendengar (fokus) dan menulis (ejaan).

LANGKAH 2:

Sebaik selesai, ambil dan semak. Bulatkan mana-mana kesilapan. Dalam gambar yang disertakan, saya membulatkan perkataan ’effertlesly’ dan ’wonder’. DAN jikalau anda perasan, saya turut membulatkan dua perkataan dengan pen berdakwat merah iaitu hardcore dan badass, atau bad ass.

Selepas membulatkan semua perkataan yang berkenaan, kami membetulkan setiap satunya. ‘Effertlesly' diubah kepada ‘effortlessly' dan 'wonder' kepada 'wander'. Ketika membetulkan perkataan 'wonder', saya turut menjelaskan bahawa ejaan 'wonder' adalah betul tetapi dalam lirik "Minecraftable", konteks sebenarnya ialah 'berjalan' (lebih kurang), bukan 'berfikir' dan sebagainya. Maka, perkataan yang betul ialah 'wander'.

Bagaimana pula dengan perkataan dalam bulatan merah?

Baiklah. Ini ialah bahagian paling penting yang mana kita sebagai pendidik perlu prihatin. Ada lagu Inggeris yang liriknya tidak baik. Ada juga yang bermesej baik tetapi mengandungi perkataan-perkataan yang tidak baik. Pada masa yang sama, ada pula perkataan yang boleh membawa beberapa maksud, iaitu baik dan tidak baik.

Mengambil contoh lagu "Minecraftable" ini, liriknya mengandungi perkataan 'hardcore' dan 'badass'. Selalunya yang diketahui oleh kita, kedua-dua perkataan ini merujuk kepada maksud yang kurang baik, contohnya 'hardcore' yang sering dikaitkan dengan bahan lucah (selalunya dalam slang) .

Bagaimanapun, selepas memahami lagu "Minecraftable", 'hardcore' dalam lagu ini adalah merujuk kepada sesuatu yang 'extreme' atau 'commited', atau maksud-maksud lain yang menjurus ke arah itu. 'Badass' juga sama, lebih kepada 'cool', 'powerful' atau maksud-maksud lain yang 'memuji' game Minecraft.

Maka, saya menjelaskan kepada anak saya bahawa ‘hardcore’ dan ‘badass’ boleh membawa maksud yang tidak baik, jadi jangan gunakan dalam perbualan mahu pun penulisan kerana boleh menyebabkan orang lain salah faham. Saya memberitahu apakah maksud-maksud yang tidak baik itu supaya dia nampak dan faham.

Langkah kedua ini ialah latihan menterjemah dan memahami. Maka, sebaiknya minta pelajar atau anak menterjemah setiap baris lirik menggunakan ayat/bahasa sendiri, contohnya dalam Bahasa Melayu, Cina atau Tamil, terpulang....

Sebagai contoh, saya mahu menterjemah ke dalam loghat Utara:

Baris lirik : "If you come over then you will see"
Terjemahan saya : Kalau hang mai tengok baru hang boleh nampak

*Loghat Utara ini ialah contoh sahaja. Gunakan apa sahaja bahasa atau loghat yang kita, pelajar atau anak-anak selesa.

LANGKAH 3:

Langkah ketiga ialah yang paling best iaitu MENYANYI! Ini ialah latihan menyebut. Saya selalu berpesan, apabila menyanyi, berusahalah menyebut setiap perkataan sebagaimana penyanyi asal. Biar lidah 'tergeliat' sedikit tak apa. No pain, no gain.

Oleh itu, mohon pastikan setiap kali menyanyi, lagu tersebut dimainkan. Maksudnya, menyanyi bersama penyanyi asal. Guna kaedah nyanyian begini bagi semua lagu Inggeris yang kita suka atau dengar. Lama kelamaan, lidah akan menjadi biasa dan tidak mustahil langsung untuk kita pick up 'American accent'. Percayalah!

TIPS TAMBAHAN:

1) Pilih lagu yang kita, pelajar atau anak-anak minat. Kalau tak minat, kita tak akan mendengar lagu tersebut berulang-ulang kali. Kalau tak ulang, bagaimana nak berlatih kan? Practice makes perfect.

2) Pendidik perlu mengenali & menyelami maksud lagu terlebih dahulu. Fahami perkataan-perkataan yang digunakan dalam sesebuah lirik lagu. Jika tak pasti, mohon Google. Pendidik zaman sekarang perlu biasakan diri dengan SLANG. Ada perkataan membawa maksud yang tidak baik kepada kita, tetapi dalam slang, ia mungkin membawa maksud yang berbeza. Kamus slang pun banyak di Internet yang boleh digunakan sebagai rujukan.

3) Jika sesuatu perkataan itu mempunyai beberapa maksud berbeza (baik & tidak baik), terangkan kepada pelajar dan anak-anak supaya mereka tidak menggunakannya pada tempat atau keadaan yang salah, contohnya ketika menulis karangan atau berbual dengan orang yang lebih tua. Ini sangat penting.

Secara asasnya - KENALI setiap lagu yang hendak kita gunakan sebagai kit pembelajaran.

Teknik BELAJAR MELALUI LAGU adalah sangat efektif, insya-Allah. Saya ada berkongsi mengenai teknik ini di dalam buku saya dan di blog English Bagus ini.

Dapatkan lebih banyak tips di blog English Bagus:

http://www.englishbagus.blogspot.com

Saya bukan expert BI, saya cuma HUGE FAN Bahasa Inggeris. Saya juga ada buat perkongsian di program-program. Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah:

http://englishbagus.blogspot.my/2017/03/maklumat-bengkel.html


Semoga bermanfaat!

Thursday, March 2, 2017

Maklumat Bengkel

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera. Kami mempelawa sekolah tuan/puan bagi bekerjasama mengendalikan program berikut:

i) English Bagus : Fun With English (Menjelang UPSR/Sepanjang Tahun)

ii) Menjejak Jati Diri Remaja Muslim (Pasca UPSR)

**********

Program : "English Bagus : Fun With English"

Program ini dianjurkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memberi pendedahan kepada pembelajaran Bahasa Inggeris yang sering dikatakan 'susah', 'elit' dan 'mustahil'. Pengendali akan berkongsi teknik, aktiviti dan bahan-bahan bersesuaian yang boleh digunakan untuk mempelajari/memperbaiki Bahasa Inggeris. Aktiviti yang berkaitan akan diselitkan di sepanjang program.

Antara objektif utama program ini ialah mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik yang sesuai, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Bahasa Inggeris, meningkatkan keyakinan bahawa tiada ilmu yang mustahil untuk dipelajari, juga menanam minat dan cinta terhadap Bahasa Inggeris yang begitu penting dalam kehidupan.

**********

Program : "Menjejak Jati Diri Remaja Muslim"

Masalah sosial di kalangan remaja semakin meruncing terutamanya yang melibatkan remaja Muslim. Daripada masalah sosial yang kecil sehinggalah yang menjurus kepada masalah-masalah lebih berat seperti penzinaan dan pembuangan bayi, ia mendapat perhatian banyak pihak.

Inisiatif mendekati remaja perlu diambil serius, namun segalanya tidak akan berhasil sekiranya perkara ini tidak dibendung dari peringkat paling awal, salah satunya ketika di peringkat sekolah rendah.

Masyarakat Islam di Malaysia juga tidak dapat lari daripada kekeliruan mengenai isu-isu seksual. Kekeliruan ini bertambah rumit apabila ia masih dianggap 'taboo' sedangkan ia bukan lagi 'taboo' di kalangan remaja. Statistik KKM tahun 2015 mendedahkan sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja 10 - 19 tahun telah hamil anak luar nikah.

Walaupun ramai pihak mengambil serius perkara ini dengan mencadangkan pelbagai langkah yang perlu diambil, kita perlu mengakui bahawa masalah ini tidak mungkin selesai sekiranya remaja tidak didekatkan kepada pendidikan ‘akar umbi’ iaitu AGAMA. Ini adalah antara usaha dan persediaan awal sebelum melangkah ke sekolah menengah.

**********

Pengendali Program : Syalina Ahmad

Pengalaman

1) Menulis buku "English Bagus: Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan), "Emilda" (PTS), "Kem TIMUR" (PTS), "Huhaland Taman Ajaib" (PTS) dan "Putera Dengan Gergasi" (DBP).

2) Menulis lirik lagu "You & I See" (UNIC) dan "Bahagia Berkasih" (Ahmadi Hassan).

3) Menterjemah lirik lagu ke dalam Bahasa Inggeris - "La Tahzan" (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) dan "Mengalir ke Syurga/Flow to Jannah" (Simfoni).

4) Menerbitkan lagu "La Tahzan" versi Inggeris (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) dan "Jangan Menghina" (Inteam & Alif Satar).

5) Juara pertandingan mencipta lagu tema Wanita IKRAM.

6) Karya pernah tersiar dalam majalah VISI (IKIM), The Malay Mail dan Youth Quake (New Straits Times).

7) Mengendali program radio "Simple English" di Mutiara FM (RTM P.Pinang) bersama DJ Nurul Husna pada tahun 2011.

8) Menulis lagu "English For Everyone" iaitu lagu tema program radio "Simple English" (MutiaraFM/RTM Pulau Pinang).

9) Menganjurkan "Simple English : Storytelling Competition" dengan kerjasama IKRAM SPT Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Perpustakaan Negeri Pulau Pinang & Mutiara FM, juga bengkel ilmiah seperti "Mantop Akidah, Akhlak, Akademik Bersama Ustaz Zamri", "Asuh Fitrah" dan "English Bagus".

10) Speaker program "Anda Bijak Jauhi Zina" (bersama Raudhatus Sakinah Pulau Pinang) dan program menjelang/pasca UPSR. Antara sekolah - SK Pengkalan Tentera Darat Sg Besi, SK Pdg Menora, SK Mak Mandin, SK Pmtg Buloh, SMK Bertam Perdana, SMK Pmtg Pasir, SMK Dato Kamaruddin Batu Kurau, SMK Tunku Ismail Sg Petani dan MRSM Baling.

**********

Peralatan Diperlukan:

LCD Projector, sistem audio/speaker, kabel audio,mikrofon, white board (program English Bagus sahaja).

Bayaran:

English Bagus Fun With English - RM250.00 (2 jam)
Menjejak Jati Diri Remaja Muslim - RM250.00 (2 jam)
Pakej 2 program sekaligus - RM450.00

**Caj adalah berbeza bagi kawasan-kawasan luar Pulau Pinang, Kulim & Sg Petani.

Untuk mendapatkan risalah dalam bentuk PDF atau perbincangan lanjut, hubungi:

Smileyriver Online
012 - 206 5872
smileyriveronline@gmail.com



**********

BACA INFO & SOAL JAWAB MENGENAI BUKU & BLOG ENGLISH BAGUS:

http://englishbagus.blogspot.my/p/objektif.html