Thursday, March 2, 2017

Maklumat Bengkel

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera. Kami mempelawa sekolah tuan/puan bagi bekerjasama mengendalikan program berikut:

i) English Bagus : Fun With English (Menjelang UPSR/Sepanjang Tahun)

ii) Menjejak Jati Diri Remaja Muslim (Pasca UPSR)

**********

Program : "English Bagus : Fun With English"

Program ini dianjurkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memberi pendedahan kepada pembelajaran Bahasa Inggeris yang sering dikatakan 'susah', 'elit' dan 'mustahil'. Pengendali akan berkongsi teknik, aktiviti dan bahan-bahan bersesuaian yang boleh digunakan untuk mempelajari/memperbaiki Bahasa Inggeris. Aktiviti yang berkaitan akan diselitkan di sepanjang program.

Antara objektif utama program ini ialah mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik yang sesuai, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Bahasa Inggeris, meningkatkan keyakinan bahawa tiada ilmu yang mustahil untuk dipelajari, juga menanam minat dan cinta terhadap Bahasa Inggeris yang begitu penting dalam kehidupan.

**********

Program : "Menjejak Jati Diri Remaja Muslim"

Masalah sosial di kalangan remaja semakin meruncing terutamanya yang melibatkan remaja Muslim. Daripada masalah sosial yang kecil sehinggalah yang menjurus kepada masalah-masalah lebih berat seperti penzinaan dan pembuangan bayi, ia mendapat perhatian banyak pihak.

Inisiatif mendekati remaja perlu diambil serius, namun segalanya tidak akan berhasil sekiranya perkara ini tidak dibendung dari peringkat paling awal, salah satunya ketika di peringkat sekolah rendah.

Masyarakat Islam di Malaysia juga tidak dapat lari daripada kekeliruan mengenai isu-isu seksual. Kekeliruan ini bertambah rumit apabila ia masih dianggap 'taboo' sedangkan ia bukan lagi 'taboo' di kalangan remaja. Statistik KKM tahun 2015 mendedahkan sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja 10 - 19 tahun telah hamil anak luar nikah.

Walaupun ramai pihak mengambil serius perkara ini dengan mencadangkan pelbagai langkah yang perlu diambil, kita perlu mengakui bahawa masalah ini tidak mungkin selesai sekiranya remaja tidak didekatkan kepada pendidikan ‘akar umbi’ iaitu AGAMA. Ini adalah antara usaha dan persediaan awal sebelum melangkah ke sekolah menengah.

**********

Pengendali Program : Syalina Ahmad

Pengalaman

1) Menulis buku "English Bagus: Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan), "Emilda" (PTS), "Kem TIMUR" (PTS), "Huhaland Taman Ajaib" (PTS) dan "Putera Dengan Gergasi" (DBP).

2) Menulis lirik lagu "You & I See" (UNIC) dan "Bahagia Berkasih" (Ahmadi Hassan).

3) Menterjemah lirik lagu ke dalam Bahasa Inggeris - "La Tahzan" (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) dan "Mengalir ke Syurga/Flow to Jannah" (Simfoni).

4) Menerbitkan lagu "La Tahzan" versi Inggeris (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) dan "Jangan Menghina" (Inteam & Alif Satar).

5) Juara pertandingan mencipta lagu tema Wanita IKRAM.

6) Karya pernah tersiar dalam majalah VISI (IKIM), The Malay Mail dan Youth Quake (New Straits Times).

7) Mengendali program radio "Simple English" di Mutiara FM (RTM P.Pinang) bersama DJ Nurul Husna pada tahun 2011.

8) Menulis lagu "English For Everyone" iaitu lagu tema program radio "Simple English" (MutiaraFM/RTM Pulau Pinang).

9) Menganjurkan "Simple English : Storytelling Competition" dengan kerjasama IKRAM SPT Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Perpustakaan Negeri Pulau Pinang & Mutiara FM, juga bengkel ilmiah seperti "Mantop Akidah, Akhlak, Akademik Bersama Ustaz Zamri", "Asuh Fitrah" dan "English Bagus".

10) Speaker program "Anda Bijak Jauhi Zina" (bersama Raudhatus Sakinah Pulau Pinang) dan program menjelang/pasca UPSR. Antara sekolah - SK Pengkalan Tentera Darat Sg Besi, SK Pdg Menora, SK Mak Mandin, SK Pmtg Buloh, SMK Bertam Perdana, SMK Pmtg Pasir, SMK Dato Kamaruddin Batu Kurau, SMK Tunku Ismail Sg Petani dan MRSM Baling.

**********

Peralatan Diperlukan:

LCD Projector, sistem audio/speaker, kabel audio,mikrofon, white board (program English Bagus sahaja).

Bayaran:

English Bagus Fun With English - RM250.00 (2 jam)
Menjejak Jati Diri Remaja Muslim - RM250.00 (2 jam)
Pakej 2 program sekaligus - RM450.00

**Caj adalah berbeza bagi kawasan-kawasan luar Pulau Pinang, Kulim & Sg Petani.

Untuk mendapatkan risalah dalam bentuk PDF atau perbincangan lanjut, hubungi:

Smileyriver Online
012 - 206 5872
smileyriveronline@gmail.com



**********

BACA INFO & SOAL JAWAB MENGENAI BUKU & BLOG ENGLISH BAGUS:

http://englishbagus.blogspot.my/p/objektif.html


No comments: