Tuesday, November 8, 2016
La Tahzan (Don't Despair)
Title : La Tahzan (Don't Despair)
Artist : Zim Ezuan & Nocturnal Voice
Melody : Heliza Helmi, Hazwani Helmi & Copyright Controlled
English Lyrics : Syalina Ahmad & Zimy Rozan
Rap Lyrics : Nocturnal Voice
Music : Din As Salam
Original Malay Lyrics & Artist : Heliza Helmi
Video By : Clora Studio
Produced By : Smileyriver Online
ALHAMDULILLAH... Saya sangat, sangat, SANGAT suka menterjemah lirik. Dulu saya hanya menulis puisi & lirik dalam Bahasa Inggeris tetapi sekarang menterjemah lirik ialah 'passion' baru saya :)
Artikel Sinar Harian, April 2016 :
La Tahzan bukan sebuah lagu baru. Peminat-peminat Heliza Helmi pasti pernah mendengarnya. Lagu ini bercerita mengenai Palestin serta semangat juang masyarakat di sana. Liriknya juga seakan memujuk agar kita semua tidak berputus harap kerana Allah sentiasa bersama kita.
Mesej yang ada di dalam La Tahzan telah membuka hati Syalina Ahmad untuk menterjemah lagu tersebut ke dalam Bahasa Inggeris. Walaupun lirik asalnya ringkas tetapi mesejnya sangat padat dan jelas. Kerana itulah Syalina tidak teragak-agak untuk menerbitkannya.
Mengenai pemilihan Zim Ezuan pula, sejak awal lagi Syalina sudah memikirkan penyanyi yang sesuai. Sebaik selesai dengan terjemahan, Syalina lantas menghubungi Zimy Rozan, anggota kumpulan Zim Ezuan yang turut membuat penambahbaikan kepada lirik berkenaan.
"Saya mengenali Zim Ezuan sebagai kumpulan yang boleh menyanyikan lagu-lagu Inggeris dengan sangat baik. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan mereka cuma belum ada lagu yang sesuai. Saya fikir ini adalah masa terbaik,” ujarnya.
Apabila ditanya mengapa tidak memberikan lagu itu kepada Heliza Helmi, Syalina menjelaskan, “Saya fikir menarik jika La Tahzan versi baru ini disampaikan oleh penyanyi yang berbeza sebagai memberi kelainan kepada versi asal.” Bagi mendapatkan kelainan, Syalina telah bersetuju untuk memasukkan elemen rap ke dalam lagu berkenaan.
Idea membawa masuk Nocturnal Voice adalah daripada Zim Ezuan. Jelas sekali, kolaborasi tersebut sangat tepat dan saling melengkapi. Setiap baris melodi kini padat dengan mesej-mesej penting yang hendak disampaikan.
"Selepas menghasilkan Keampunan pada tahun 2014, kami mencari-cari lagu yang sesuai untuk dijadikan Single kedua. Pelawaan untuk merakam semula La Tahzan tiba tepat pada waktunya memandangkan ia bertema kemanusiaan yang kami impikan selama ini,” ujar Jim Ezuan, seorang lagi anggota duo berkenaan.
“Lagu kami menjurus kepada mesej yang positif. Sudah lama kami bercita-cita mahu menyumbang sesuatu kepada Palestin. Ini adalah solidariti kami buat mereka,” sambung Zimy Rozan.
Bagi Nocturnal Voice pula, keperitan rakyat Palestin telah menguatkan azamnya untuk terus berkarya. Dia yang juga pernah mengetuai konvoi kemanusiaan berharap La Tahzan akan meninggalkan kesan di hati pendengar untuk terus membantu usaha membebaskan Palestin.
Pada mulanya, La Tahzan versi Inggeris dihasilkan untuk dimuat naik di laman sosial seperti YouTube dan Facebook sahaja. Videonya telah dihasilkan dengan kerjasama NGO MyCARE di mana ia telah dimuat naik di Facebook Page Aqsa Syarif iaitu salah sebuah agensi di bawah MyCARE pada malam tahun baru 2016.
Bagaimanapun ketentuan Allah, lagu tersebut telah ditawarkan untuk dimuatkan ke dalam album kompilasi #MyINTIFADA yang akan terbit pada bulan Mei ini. Album terbitan Risalah Harmoni ini akan menggabungkan 16 kumpulan dan penyanyi solo termasuk Shoutul Harokah dan Ruhul Jadid dari Indonesia serta Wa3ed Band dari Lubnan.
Sebagai langkah promosi, La Tahzan nyanyian Zim Ezuan dan Nocturnal Voice kini mempunyai video muzik rasmi. Menariknya, video ini telah mendapat kerjasama daripada jurugambar dari Palestin iaitu Haitham Khatib.
**********
Tonton & dengarkan La Tahzan (Don't Despair) di pautan berikut:
iTunes
http://goo.gl/SQ535Y
Deezer
http://goo.gl/32LkCd
KKBOX
http://goo.gl/V73TVk
Spotify
http://goo.gl/csM9H8
You Tube
http://youtu.be/89EDaIA1ufM
**********
Ringtones (Malaysia only):
1) Rap Intro:
Maxis - 546039
Digi - 1325905
Celcom - 273154
U-Mobile - 5923447
2) 2nd Verse:
Maxis - 546029
Digi - 1325903
Celcom - 273152
U-Mobile - 5923445
3) Chorus:
Maxis - 546036
Digi - 1325904
Celcom - 273153
U-Mobile - 5923446
4) Bridge:
Maxis - 546040
Digi - 1325906
Celcom - 273155
U-Mobile - 5923448
**********
Projek ini telah mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat yang prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan:
PTS Publications
Chef Ustazah
Perniagaan Mudim Zakaria (Kicap Mudim)
E-Man Coco
Ani Sup Utara
Syarikat Kopi Hang Tuah
Khalish Goat's Milk
Clora Studio
Kaio Studio
Alhamdulillah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment