Monday, July 18, 2011
:: Akan Kembali...
Atas sebab-sebab tertentu, blog English Bagus tidak dapat dikemaskini pada waktu ini. Insya-Allah, blog English Bagus akan kembali dengan artikel-artikel terkini pada awal bulan Ogos 2011.
(^^,)
Monday, June 27, 2011
:: Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah.
Penat lelah mempromosikan buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" terbalas apabila menerima berita gembira daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) minggu lepas.
Penerbitan buku ini melalui cabaran yang cukup besar. Pernah ditolak oleh penerbit, diambil oleh penerbit lain. Kemudian cabaran bagi mempromosinya pula. Terima kasih Utusan Publications & Distributors, begitu juga pihak MutiaraFM yang mahu menerbitkan "Simple English" sebanyak 13 siri. Terima kasih juga kepada penulis bersama, Yusmadi Norashid.
Buku ini akan diedarkan ke perpustakaan-perpustakaan desa di Malaysia. Saya sememangnya mengharapkan buku ini sampai ke desa-desa terpencil. Mudah-mudahan matlamat buku ini tercapai dan mesejnya sampai. Ameen.
Monday, June 20, 2011
:: Artikel Storytelling - Majalah ASUH Jun 2011
Wednesday, June 1, 2011
:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 6
KUIZ MINGGU 6
Syarat & info penyertaan :
~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.
~ E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.
~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
~ Tarikh tutup kuiz minggu keenam : 7 Jun 2011.
Bagaimana pemenang dipilih?
Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya jawapan yang 'sempurna', tiada kesilapan ejaan dan sebagainya mengikut syarat-syarat dinyatakan). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu ini.
Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.
SOALAN MINGGU 6
Pilih jawapan yang tepat :
WHAT IS YOUR NAME?
(a) I'm twenty two years old.
(b) My name is Shila.
(c) Shila is not my name.
WHAT TIME DO YOU GET UP IN THE MORNING?
(a) I slept at 10:00 p.m.
(b) I get up at 7:00 a.m.
(c) I get up at midnight.
DID YOU CALL ME?
(a) I need to call my husband.
(b) Yes, I did.
(c) Call me Shila.
Mudah sangat!
E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!
Monday, May 23, 2011
:: Bengkel "Fun With English" di S.K. Pengkalan Tentera Darat
Alhamdulillah, bengkel "English Bagus : Fun With English" telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentara Darat, Kem Perdana Sg Besi, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2011. Ia dihadiri oleh 69 orang murid daripada Tahun 5 (dua buah kelas).
Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah, terutamanya guru besar, Encik Zunnurin Bin Abd Aziz dan Puan Zapina Mustapha di atas jemputan. Mudahan berjumpa lagi, insya-Allah :)
Monday, May 16, 2011
:: Poem - "Friends For Nothing"
FRIENDS ARE FOREVER
Friends are forever?
Some do believe and care
Some are too pleased not to notice it at all
Ignoring those feelings inside
And are too certain to be the one
In someone's truly heart
Love ain't true
No honesty, truth and loves
Some ask why, some just sit down and cry
And some just wondering if it is even worthwhile
Bargaining hearts and stick together
But not forever
Bragging, lying, faking
Could be fair... well at least for now
That someone else knew what to say or do
But if love ain't pure
Heart cannot be cured
Everyone isn't someone to talk to
Heart is bleeding and breaking into pieces
And there will be no defences
No regret and no past
Something that a person will remember forever and ever
Love between friends
Are always together
But not for all those stupid lies
Friends are then no longer forever
So, if love doesn't even exist between two hearts
Let's just call it
"Friends For Nothing"....
Original Poem By :
Syalina Ahmad
Published in 1992, Galaxie
Monday, May 9, 2011
:: Tip Penulisan - "My First HUGE Project"
Starting a family was my first.
I remember 100 years ago when I was half-kid-half-teen, half-girl-half-woman. I had to struggle to speak a simple English word. And I will never forget the time I was cursed by a 'mat-salleh' boy at the 7-11 after I accidently kicked his skateboard. Man, I swear I didn't see it.
Anyway, I stood there. I acted dumb (I should have just played dead). I wish I could curse back, I mean, answer back. But how could I? I knew nothing. I could only greet 'good morning, afternoon, evening, night'. Well, perhaps some other simple English words. I felt lost.
One day, I found out something I failed to notice. The 'things' I needed to learn English were not far. All of a sudden, English was everything to me. But at last I managed to improve, although pretty hard.
Now, I am sharing those 'things' with you. I want people to see that learning English is easy. I want people to understand that English is for everyone, not just 'smart' people or 'rich' people. I want people to notice just how important English language is. I also want people to understand that it is okay to make mistakes... You make mistakes, you will be corrected. You will be better!
Originally written on July 21, 2007.
Syalina Ahmad
* Check out our book - "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan Publications) for more tips.
Mungkin terdapat grammatical error di dalam artikel di atas. Saya belum berkesempatan membuat semakan walaupun ia ditulis dalam tahun 2007 (terlupa sebenarnya).
Seperti yang pernah diberitahu dan seperti yang kita semua ketahui, penulisan dalam bahasa Inggeris hanya boleh diperbaiki dengan MENULIS. Latihan menulis boleh dilakukan menggunakan beberapa cara, antaranya :
(a) Tulis dan teruskan menulis sesuatu artikel tanpa berasa bimbang mengenai kesilapan tatabahasa (grammatical error). Apabila selesai, barulah membaca kembali artikel berkenaan lalu membuat pembetulan pada bahagian-bahagian yang perlu (sama ada membetulkan sendiri atau meminta bantuan orang lain). Kelebihan menulis seperti ini ialah, penulisan kita lebih lancar kerana idea tidak 'terbantut'.
(b) Menulis dan pada masa yang sama membuat semakan grammar, membuka kamus berkali-kali, dan berkali-kali lagi, dan sebagainya. Saya kurang serasi dengan cara kedua ini. Saya ada menggunakan cara ini sekali-sekala, tetapi apabila saya terpaksa berhenti menulis bagi membuat semakan grammar, adakalanya mood hendak menulis sudah 'lari'.
Untuk itu, saudara pilihlah kaedah yang paling sesuai bagi diri saudara. Mengambil diri saya sendiri sebagai contoh, saya akan membuat semakan selepas selesai menulis sesebuah artikel dalam bahasa Inggeris. Tetapi bahaya pula, sehingga terlupa hendak menyemaknya selama 3 tahun! :D
Sebagai individu yang masih belajar, sudah pasti terdapat kesilapan grammar ketika saya menulis dan berbicara. Dengan membuat semakan, dapatlah kesalahan-kesalahan itu dibetulkan oleh pihak lain yang lebih arif.
Dahulu saya menggunakan IRC bagi membuat semakan. Tetapi sekarang saya sering membuat semakan di forum-forum perbincangan/pembelajaran bahasa Inggeris. Salah satunya ialah http://www.usingenglish.com. Saudara juga boleh mencuba kaedah ini jika mahu.
Selamat mencuba!
(^^,)
Wednesday, May 4, 2011
:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 5
KUIZ :
* Sebelum menghantar jawapan, pastikan saudara sertakan nama penuh, alamat lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
KUIZ MINGGU 5
(4 MEI 2011)
Syarat & info penyertaan :
~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.
~ E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.
~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
~ Tarikh tutup kuiz minggu kelima : 10 Mei 2011 (Selasa).
Bagaimana pemenang dipilih?
Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya jawapan yang 'sempurna', tiada kesilapan ejaan dan sebagainya mengikut syarat-syarat dinyatakan). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu ini.
Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.
SOALAN MINGGU 5
Berikut ialah teka teki. Jawapannya sudah diberi, tetapi ejaannya sudah di 'tunggang terbalikkan'. Susunkan semula huruf-huruf dalam jawapan tersebut.
1) I am a bird, but I cannot fly. Although I can't fly, I'm actually a great swimmer!
ANSWER : IEGNPUN = _________________
2) I have no bones, I have no legs. But if you keep me warm, I will soon walk away. What am I?
ANSWER : GEG = _________________
3) What has only two words, but thousands of letters?
ANSWER : SOTP IFECFO = _________________
4) I carry my home on my back. I guess that's why I move very slowly.
ANSWER : RELTTU = _________________
Mudah sangat!
E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!
Wednesday, April 27, 2011
:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 4
KUIZ MINGGU 4
(27 APRIL 2011)
Syarat & info penyertaan :
~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.
~ E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.
~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
~ Tarikh tutup kuiz minggu keempat : 29 April 2011 (Jumaat).
Bagaimana pemenang dipilih?
Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya jawapan yang 'sempurna', tiada kesilapan ejaan dan sebagainya mengikut syarat-syarat dinyatakan). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu ini.
Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.
SOALAN MINGGU 4
Susunkan setiap perkataan di dalam rangkap-rangkap berikut mengikut susunan yang betul :
am a giant i
an i eagle am
lion am a i
the down jungle in
band am i marching a
am the i people
hand i am helping a
am and hero a i
you asks anybody if i am who
tall just up stand
say face and them in look the
E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!
Too easy, man!
Monday, April 25, 2011
:: Verbs (Kata Kerja)
Sebagai contoh, bayangkan bagaimana kita boleh membina ayat-ayat mudah yang berbeza dengan hanya menukar satu perkataan sahaja.
Contoh :
Ayat asas : I like to (verb)
(1) I like to read.
(2) I like to swim.
(3) I like to sing.
(4) I like to whistle.
Kemudian menggunakan perkataan yang sama, kita boleh menukar sedikit ayat tersebut agar lebih lengkap :
(1) I like to read novels.
(2) I like to swim in the swimming pool.
(3) I like to sing Country songs.
(4) I like to whistle when I'm happy.
Berikut ialah senarai verbs yang dihantar oleh pemenang "Kuiz Lanjutan Simple English Minggu Ke-3" :
1) Stare - Merenung
2) Fill - Mengisi
3) Wash - Cuci (Mencuci)
4) Write - Tulis (Menulis)
5) Pull - Tarik (Menarik)
6) Push - Tolak (Menolak)
7) Think - Berfikir
8) Read - Membaca
9) See - Melihat
10) Talk - Bercakap/Berbincang
11) Sit - Duduk
12) Walk - Jalan (Berjalan)
13) Hide - Sembunyi (Bersembunyi/Menyembunyikan)
14) Pray - Doa/Solat (Berdoa/Bersolat)
15) Prostrate - Sujud (Bersujud)
16) Decorate - Menghias
17) Tolerate - Bertolak-ansur
18) Thaw - Mencairkan
19) Try - Cuba (Mencuba)
20) Win - Menang
Wednesday, April 20, 2011
:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 3
KUIZ MINGGU 3
(20 APRIL 2011)
VERBS adalah Kata Kerja. Secara umumnya, setiap ayat mengandungi verb. Untuk itu, mengetahui seberapa banyak verbs yang boleh (dalam bahasa Inggeris) boleh membantu penulisan kelak, terutamanya pelajar sekolah yang perlu membina ayat berpandukan gambar-gambar yang diberi.
SOALAN MINGGU 3
Senaraikan 20 VERBS (dalam bahasa Inggeris) berserta maksudnya dalam bahasa Melayu. Mudah sangat!
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)
12)
13)
14)
15)
16)
17)
18)
19)
20)
Syarat & info penyertaan :
~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.
~ E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.
~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
~ Tarikh tutup kuiz minggu ketiga : 22 April 2011 (Jumaat).
Bagaimana pemenang dipilih?
Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (termasuk tiada kesilapan ejaan, memberikan maksud dalam bahasa Melayu dan sebagainya). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu ini.
Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK SINI.
SELAMAT MENCUBA!
Monday, April 18, 2011
:: Bahan Pembelajaran & Kursus
(a) Kenal pasti mengapa anak tuan lemah bahasa Inggeris. Adakah kerana dia tidak meminati subjek bahasa Inggeris? Atau dia berasa subjek tersebut susah? Membosankan?
(b) Sekiranya anak tuan tidak mendengar lagu-lagu Inggeris, saya mencadangkan agar tuan memberi galakan kepada dia untuk mendengar lagu-lagu Inggeris. Oleh kerana lagu-lagu sekarang banyak liriknya yang kurang elok dan tidak sesuai untuk remaja, maka saya mencadangkan supaya tuan menapis dahulu. Jika mampu, tuan boleh membelikan CD yang sesuai mengikut genre muzik yang diminatinya. Atau dari Internet pun boleh.
(c) Mungkin tuan boleh membawa anak tuan ke pesta-pesta buku yang berdekatan, kerana di sana terdapat banyak syarikat penerbitan dan pusat bahasa yang membuat pameran. Pada kebiasaannya, mereka akan menyediakan staf yang boleh membantu. Tuan boleh bertanya soalan dan kemudian mengenal pasti bahan-bahan pembelajaran yang sesuai sebelum membelinya. Di pesta buku juga, tuan boleh mendapat banyak informasi di bawah satu bumbung.
Saya tidak pasti siapa atau daripada syarikat mana mereka datang. Tuan boleh mencuba. Pun begitu jika ia melibatkan pembelian produk mereka atau perlu mengeluarkan modal yang tinggi, mohon ambil masa untuk berfikir dan berbincang dengan anak tuan sebelum membeli. Adalah baik jika tuan membawa anak tuan bersama. Mungkin mereka mahu menguji dahulu dan sebagainya (saya tidak pasti kerana ia bergantung kepada prosedur mereka).
Pun begitu yang paling penting, anak tuan perlu berada di sana bagi memastikan dia menyukai format pengajaran/produk syarikat yang berkenaan. Kerana jika tuan terus membeli (jika melibatkan produk), mungkin dia tidak akan menggunakannya jika dia tidak berminat. Jika dia ada bersama dan dia menyukainya, mungkin tuan boleh meminta dia berjanji untuk belajar mengikut cadangan syarikat berkenaan.
Syalina Ahmad
Tuesday, April 12, 2011
:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 2
KUIZ MINGGU 2
(13 APRIL 2011)
Terdapat banyak kamus online pada hari ini. Kamus-kamus ini memudahkan kita merujuk kamus dengan lebih cepat. Pun begitu harus diingat, bukan semua tempat mempunyai akses internet.
Dewan peperiksaan contohnya, tidak mempunyai akses internet. Jika ada pun, mustahil calon boleh membawa masuk komputer dan mustahil calon dibenarkan melayari internet ketika peperiksaan sedang berlangsung. Untuk itu, kemahiran merujuk kamus dengan cepat adalah amat perlu terutamanya bagi pelajar.
Adalah wajib bagi kita menguasai cara merujuk kamus tradisi (yang bercetak dan tebal itu). Dan salah satu cara menilai tahap kemampuan kita merujuk kamus ialah dengan menyusun huruf atau perkataan mengikut turutan yang betul.
Sebagai contoh :
"G B L D W N Z C O" perlu disusun mengikut turutan "B C D G L N O W Z"
Kemudian :
"BOY BAN BOW BAD BUY BIN" pula seharusnya mengikut turutan "BAD BAN BIN BOW BOY BUY"
Jika kita mampu menyusun dengan cepat, maka proses merujuk kamus akan menjadi mudah. Kita akan dapat mencari perkataan di dalam kamus dengan cepat kerana perkataan-perkataan di dalam kamus disusun mengikut susunan abjad (alphabetical order).
Kuiz lanjutan Simple English minggu kedua ini diharapkan dapat melatih/menguji saudara menyusun perkataan-perkataan mengikut turutan yang betul.
Bacaan tambahan mengenai kamus online di blog ini :
http://englishbagus.blogspot.com/2010/07/kamus-online.html
http://englishbagus.blogspot.com/2011/02/simple-english-siri-6-pembelajaran.html
****************************
SOALAN MINGGU 2
Susunkan mengikut turutan yang betul :
(a) H O R E T Y P M L A Q V Z S I
(b) SIDE SING SIN SIGH SICK SIGN
(c) WHETHER WINTER WEATHER WHISPER WINNING WHILE WISH WISE
Mudah sangat!
Syarat & info penyertaan :
~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.
~ E-melkan jawapan (a), (b) dan (c) ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.
~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
~ Tarikh tutup kuiz minggu kedua : 15 April 2011 (Jumaat).
Bagaimana pemenang dipilih?
Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya susunannya betul dan tepat serta tiada kesilapan ejaan ketika menghantar jawapan). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu kedua ini.
Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.
SELAMAT MENCUBA!
:: Bengkel "Fun With English - Teach & Learn"
30 April 2011 (Sabtu)
Masa :
8.45 am – 5.00 pm
Tempat :
Hidayah Centre Pulau Pinang
2B-01, Jalan Bkt Kechil 1, Sg Nibong
(Belakang D Aver Café)
Yuran :
RM50.00 seorang
Kategori Peserta :
Guru Tadika, taska, sekolah rendah serta ibu bapa dan individu yang berminat
Pengisian Program :
(a) Bengkel "Fun With English : Teach & Learn" bersama Syalina Ahmad (penulis buku 'English Bagus', pengendali rancangan 'Simple English' di MutiaraFM, penulis buku fiksyen PTS Publications). Antara aktiviti ialah Get Up & Jiggle, An Hour In Their Shoes, I Gotta Speak Up dan banyak lagi!
(b) Slot pengisian BONUS – "Educating Tomorrow's Generation Today : Teachers' Roles and Influence" bersama Prof. Dr. Munirah Ghazali, Pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.
TEMPAT TERHAD!
Pendaftaran awal amat dialu-alukan. Untuk mendaftar atau pertanyaan lanjut, mohon hubungi Puan Mazlipah Ibrahim (019-4103111) atau Islah Educare (04-6563187).
Monday, April 11, 2011
:: Belajar Bahasa Inggeris - Perkara S.E.R.I.U.S!
Antara perkara penting yang ditekankan dalam artikel berkenaan :
(a) Kemungkinan BESAR kelulusan akademik tidak dapat menjanjikan kerjaya terbaik yang diidamkan selama ini kecuali calon boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik.
(b) Melalui maklumbalas yang diterima daripada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara, dua kebolehan tersebut amat penting dan paling diutamakan.
(c) Tinjaun terbaru Malaysian Employers Federation (MEF) mendapati bahawa 68% syarikat mengutamakan kebolehan berkomunikasi (dalam bahasa Inggeris).
(d) Ramai graduan gagal mendapat tempat dalam syarikat swasta/korporat terutamanya kerana tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik atau dengan betul (Syalina : Mengingatkan saya kepada Manglish yang mungkin telah merosakkan segala-galanya!)
(e) Mereka yang gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik hanya dapat menempatkan diri dalam syarikat-syarikat kecil sahaja.
MEF Salary Survey for Executives 2010
(Sunday Star, 10 April 2011)
Verbal and written communication skills - 68%
Working experience - 68%
Interpersonal skills - 56.2%
Passion & commitment - 55.7%
Team player - 47.8%
The right degree - 46.3%
Good academic results - 37.9%
Desire to learn - 37.9%
Work well under pressure - 34%
Take initiative - 32.5%
Saudara. Bagi kita yang sudah tidak bekerja atau sudah mempunyai kerjaya idaman, mempelajari bahasa Inggeris mungkin sekadar untuk 'suka-suka' sahaja. Pun begitu saudara, bagi anak-anak atau adik-adik kita yang masih belajar, mempelajari bahasa Inggeris sudah menjadi satu kemestian pada hari ini.
Pada pertengahan tahun 90an dahulu iaitu ketika saya sedang mencari pekerjaan, kesemua syarikat yang saya pergi telah menjalankan temuduga dalam bahasa Inggeris. Itu dahulu. Bayangkan pula sekarang!
Dengan ramai graduan yang masih menganggur, persaingan menjadi semakin sengit. Untuk itu, berusahalah menanam minat dalam diri mereka bagi mempelajari bahasa Inggeris. Mulakan sekarang!
ARTIKEL
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/10/nation/8454838&sec=nation
PETALING JAYA: It does not matter if you are top of your class or have a string of degrees, that dream job will not be yours unless you can speak and write well in English.
Feedback from local and international employers shows that verbal and written communication skills in English remain the most sought-after attribute in prospective employees.
According to a recent Malaysian Employers Federation (MEF) survey, it is the most important trait employers look for when recruiting graduates.
The MEF Salary Survey for Executives 2010 revealed that 68% of the companies surveyed named communication skills as the top quality required in job applicants, followed by working experience (67%), interpersonal skills (56.2%) and passion and commitment (55.7%).
MEF executive director Shamsuddin Bardan said globalisation had changed the nature of jobs, making communication skills, specifically in English, a valuable asset for today's worker.
He added that this was an essential criterion even for professions traditionally seen as "backroom" staff such as engineers, technical personnel and scientists. "It is especially so for those working in multinationals and bigger firms," he said.
"Today, our clients are worldwide. In factories, for instance, engineers are a different breed from the past," said Shamsuddin.
"Now, they have to be involved in various aspects of business and interact with clients."
Shamsuddin expressed concern that many local graduates today could not speak or write proper English, saying this was a reason why they faced difficulties getting jobs in the private sector.
Kelly Services (M) Sdn Bhd managing director Melissa Norman concurred, noting that six in 10 graduates who attended its interviews could not communicate effectively in English.
The company is one of the top headhunters in the country.
Norman said it was important to master English as it was widely used among the business community, both in Malaysia and internationally.
The Kelly Global Workforce Index survey released in 2010 listed "communication skills" as one of the top five most desired skills within the corporate sector.
"We have encountered local graduates who are weak in spoken and written English and have limited vocabulary," said Norman.
"These candidates can only manage to secure jobs in small-medium enterprises and small businesses."
Various industry and business leaders also warned that the decline in English was affecting Malaysia's global competitiveness.
Federation of Malaysian Manufacturers President Tan Sri Mustafa Mansur said the young ones who could not communicate in English were unable to negotiate the best deals in business transactions or investments.
"We need to send people out to market our products, negotiate deals or get contracts signed. If they cannot communicate well in English, we will lose out," he said.
Pemudah co-chair Tan Sri Yong Poh Kon pointed out that, contrary to popular belief, it was important for civil servants to have a good command of English due to a growing borderless world.
"The standard of English also affects the quality of the public sector as civil servants have to interact with international citizens and the business world as well as articulate Malaysia's stand on issues to the international community. These include negotiations on important agreements such as trade agreements."
Noting that the quality of English in the country had declined over the last two decades, former Human Resource Minister Tan Sri Fong Chan Onn warned that the country would lose out to its neighbours that did not teach English in schools previously.
"Thailand, Indonesia and China are making efforts to improve their English through their education system," he noted.
Artikel berguna lain :
"Minding Our Language"
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/10/nation/8357917&sec=nation
"That Special Edge"
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/10/nation/8450462&sec=nation
Sunday, April 10, 2011
:: Senarai Pemenang Kuiz Lanjutan "Simple English"
Hadiah yang bakal dimenangi ialah senaskhah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
SENARAI PEMENANG
Kuiz Minggu 1 :
Nuraqmal Haini Binti Qarsa - Georgetown, Pulau Pinang (019-458XXXX)
Kuiz Minggu 2 :
Tiada Pemenang*
* Klik sini untuk info lanjut (ruangan komen).
Kuiz Minggu 3 :
Noor Mazuin Binti Abu Bakar - Arau, Perlis (012-558XXXX)
* Klik sini bagi melihat jawapan pemenang minggu 3.
Kuiz Minggu 4 :
Norfazilawati binti Mohamed Nor, Tanjong Tokong, Pulau Pinang (019-478XXXX)
Kuiz Minggu 5 :
Muhd Yazie Bin Ramli, Bayan Lepas, Pulau Pinang (017-298XXXX)
Ingin memenangi hadiah? Dapatkan soalan minggu keenam pada 1 Jun 2011!
Tuesday, April 5, 2011
:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 1
KUIZ MINGGU 1
(6 APRIL 2011)
Di bawah ialah lirik sebuah lagu yang telah di'tunggang terbalik'kan. Tugasan saudara cukup mudah :
(a) Susunkan semula lirik berkenaan. Juga tentukan bahagian mana yang memerlukan capital letters/huruf besar, jika ada (kerana semua huruf ditulis menggunakan huruf kecil dalam lirik tersebut).
(b) Berikan judul lagu tersebut dan nama penyanyinya.
Mudah sangat!
Syarat & info penyertaan :
~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.
~ E-melkan jawapan (a) dan (b) ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.
~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
~ Tarikh tutup kuiz minggu pertama : 8 April 2011 (Jumaat).
Bagaimana pemenang dipilih?
Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya jawapan yang 'sempurna', tiada kesilapan ejaan dan sebagainya mengikut syarat-syarat di atas). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu pertama ini.
Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.
Berikut ialah liriknya. SELAMAT MENCUBA!
sdneirf ym snoipmahc eht era ew
dne eht llit gnithgif no peek ll'ew dna
snoipmahc eht era ew
sresol rof emit on
dlrow eht fo snoipmahc eht era ew esuac'
E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!
Monday, April 4, 2011
:: Simple English : Siri 13
Alhamdulillah, melalui rancangan ini, kami sempat menganjurkan pertandingan bercerita "Simple English - Storytelling Competition" yang diadakan pada 13 Mac 2011 yang lalu. Maklumat lanjut mengenainya boleh saudara perolehi dari link berikut :
http://englishbagus.blogspot.com/2011/03/storytelling-competition-tahniah-kepada.html
Sebagai penutup, pengisian bagi siri ke-13 adalah lebih santai. Di antara yang dikongsikan bersama pendengar adalah seperti di bawah.
USEFUL WEBSITES
1) http://www.usingenglish.com/
Antara keistimewaan :
(a) Rujukan & tip pembelajaran bahasa Inggeris.
(b) Kuiz & latihan (dan banyak lagi).
(c) Forum perbincangan (boleh bertanya soalan dan meminta bantuan mengenai apa sahaja berkaitan bahasa Inggeris, contohnya bertanya mengenai penulisan, grammar, pengajaran, pembelajaran dan sebagainya).
2) http://www.poetry4kids.com/
Antara keistimewaan :
(a) Koleksi puisi lucu yang amat sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak malah golongan dewasa.
(b) Poetry lessons – Tip-tip menulis puisi. Salah satu cara mudah untuk belajar menulis puisi bahasa Inggeris ialah dengan belajar menulis puisi kanak-kanak terlebih dahulu kerana puisi kanak-kanak menggunakan bahasa yang mudah. Pemilihan perkataannya juga mudah.
(c) Rhyming dictionary – Berfungsi seperti enjin pencari bagi mencari words that rhyme (seperti pantun – hujungnya sama). Sebagai contoh, perkataan apa yang rhyme dengan 'where'. Cuma taipkan 'where' pada enjin pencari rhyming dictionary berkenaan dan perkataan-perkataan yang mungkin tertera ialah air, dare, anywhere, everywhere dan millionaire.
3) http://www.englishbagus.blogspot.com/
Antara keistimewaan :
(a) Perbincangan siri-siri lepas rancangan Simple English.
(b) Tip-tip serta informasi pembelajaran & pengajaran bahasa Inggeris yang dikemaskini pada setiap minggu.
KUIZ DI BLOG ENGLISH BAGUS
Walaupun Simple English sudah berakhir, kuiz akan diteruskan di blog English Bagus bermula hari Rabu ini bersamaan 6 April 2011.
Kuiz akan berlangsung selama 8 minggu berturut-turut di mana satu hadiah akan diberikan kepada seorang pemenang pada setiap minggu. Hadiah adalah sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris".
Cara menyertai kuiz ini : Kunjungi blog http://www.englishbagus.blogspot.com/ dan jawab soalan yang diberikan. Soalan/tugasan berubah pada setiap minggu. Syarat-syarat penyertaan juga mungkin berubah mengikut soalan yang diberikan pada minggu tersebut.
Oleh kerana hadiah bagi kuiz di blog English Bagus ini adalah berlainan daripada hadiah aktiviti bersama pendengar Simple English di radio, maka yang pernah memenangi hadiah daripada kami di Simple English sebelum ini boleh turut mengambil bahagian.
Seperti yang dinyatakan, soalan-soalan akan diberikan pada setiap hari Rabu mulai Rabu ini bersamaan 6 April 2011.
Selamat mencuba!
AKTIVITI DI BAZAR BUKU PULAU PINANG
Insya-Allah, Syalina Ahmad akan berada di Bazar Buku Pulau Pinang di Dewan Milenium Kepala Batas pada 9 April 2011 (Sabtu) ini bermula jam 12:00 tengahari.
Aktiviti berasaskan bahasa Inggeris akan diteruskan di sana, antaranya kuiz untuk adik-adik dan aktiviti untuk pengunjung dewasa. Dan oh, ada hadiah lagi!
Selain itu, Syalina Ahmad akan turut mempromosikan buku Huhaland Taman Ajaib, Kem TIMUR, Emilda Catatan Seorang Perindu dan English Bagus. Bagi mendapatkan info lanjut mengenai buku-buku yang disebutkan, mohon layari http://www.belibacabuku.blogspot.com/.
Kita berjumpa di sana ya! :)
UCAPAN PENGHARGAAN
Saya, Syalina Ahmad, mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada :
(a) Pihak MutiaraFM, terutamanya penerbit rancangan Simple English iaitu DJ Nurul Husna.
(b) Pihak Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd yang telah menaja hadiah-hadiah bagi segmen bersama pendengar serta hadiah-hadiah tambahan bagi kuiz di blog English Bagus.
(c) Pihak media yang telah menulis artikel mengenai Simple English sejak ia mula bersiaran.
(d) Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan "Simple English - Storytelling Competition" iaitu Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah selaku penganjur bersama, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang dan MutiaraFM sendiri. Begitu juga kesemua sekolah yang terlibat iaitu SK Ara Rendang, SK Bukit Teh, SK Kebun Sireh, SK Permatang Buloh, SK Mengkuang, SK Padang Menora, SK Permatang Pasir, SK Permatang Pauh, SRI Al-Masriyah dan SRI Al-Itqan. Tidak dilupakan para penaja yang terdiri daripada Munif Hijjaz Sdn Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd, Hasani Edar, E-Sakinah Studio, Smileyriver Online, Galeri Ilmu Sdn Bhd dan majalah Asuh.
(e) Penulis bersama saya bagi buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" iaitu Saudara Yusmadi Norashid.
(f) Dan semestinya semua pendengar yang setia mendengar rancangan Simple English!
Teruskan mengunjungi blog English Bagus di http://www.englishbagus.blogspot.com/ selepas ini kerana banyak lagi tip dan teknik akan dikongsikan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Syalina Ahmad
Saturday, April 2, 2011
:: Storytelling SK Permatang Pauh
Sesi bercerita dalam bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Dihadiri oleh murid-murid Tahun 4 & 5 (Tahun 6 terlibat dengan kelas tambahan). Selain storytelling, promosi buku "Huhaland Taman Ajaib" dan "English Bagus" turut diadakan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Puan Salimah Abdullah (Guru Besar) dan Puan Tan Lee Kheng (guru yang menyelaras program). Terima kasih juga kepada guru lelaki yang telah membantu mengambil gambar (terlupa pula hendak bertanya nama)!
Monday, March 28, 2011
:: Simple English Siri 12 - Siaran Rakaman Pertandingan Bercerita
Pemenang Tempat Pertama
Muhammad Zulhakimie bin Ahmad Zailani
SK Permatang Pauh
"The Fox and the Wood Cutter"
Pemenang Tempat Kedua
Daniel Amirul bin Amir Hamzah
SRI Al-Masriyah
"The Shepherd and the Wolf"
Pemenang Tempat Ketiga
Amni Qistina binti Rizal Hafiz
SK Padang Menora
"The Little Red Hen"
Ikuti siri ke-13 iaitu siri terakhir Simple English pada minggu hadapan bersamaan 4 April 2011.
Pelajari beberapa tip terakhir, selain mengetahui bagaimana saudara boleh memenangi hadiah buku pembelajaran grammar sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd!
Monday, March 21, 2011
:: Simple English : Soalan Kuiz Siri 11
Kami akan memilih dua orang pemenang sahaja. Jadi, dua orang pertama yang berjaya menjawab dengan tepat adalah pemenang bagi siri kesebelas ini.
Caranya mudah sahaja. Baca dan fahami soalan yang diberikan. Kemudian, taipkan jawapan-jawapannya di ruangan komen di bawah (klik 'Post a Comment' atau 'Comment').
Mohon sertakan alamat e-mel sekali ya ketika menjawab, agar mudah kami menghubungi saudara.
Tip : Boleh rujuk kamus. Kami tak nampak :)
Baik, berikut soalannya :
Pilih perkataan yang memberikan maksud yang tepat dengan perkataan bahasa Melayu di bawah.
1. Senyap/Diam :
(a) Quite.
(b) Quiet.
2. Kecuali :
(a) Accept.
(b) Except.
3. Patah/Patahkan :
(a) Break.
(b) Brake.
4. Pencuci mulut :
(a) Desert.
(b) Dessert.
5. Sudah :
(a) Already.
(b) All ready.
Taipkan jawapan di ruangan komen posting/artikel ini.
All the best!
* Hadiah-hadiah adalah sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Perbincangan siri kesebelas boleh didapati DI SINI.
:: Simple English : Siri 11 - Pembelajaran Melalui Perbualan
SEGMEN 1 - GRAMMAR TIPS
Dalam siri kesepuluh pada minggu lepas, kita telah bercakap mengenai 'bahasa Inggeris orang Malaysia' yang lebih dikenali sebagai 'MANGLISH'.
Pada minggu ini pula, saya mahu berkongsi dengan saudara tentang penggunaan "I" dan "ME" di dalam ayat. Sebagai contoh :
Adakah :
(a) Ali and me went to the library yesterday; atau
(b) Ali and I went to the library yesterday.
Adakah :
(a) Would you explain that to my mother and me; atau
(b) Would you explain that to my mother and I?
Adakah :
(a) Please join Ali and I for dinner; atau
(b) Please join Ali and me for dinner?
Baiklah. Tip terbaik tentang bagaimana hendak menentukan yang mana satu hendak digunakan, sama ada "I" atau "me" ialah dengan membuang dahulu nama orang lain daripada ayat (dalam kes ini - 'Ali' dan 'my mother').
Lihat contoh-contoh di bawah :
Contoh bagi ayat 1 : Setelah dibuang nama 'Ali', ayat mana satukah yang betul?
(a) Me went to the library yesterday; atau
(b) I went to the library yesterday.
Jawapannya sudah pastilah "I went to the library yesterday."
Masukkan semula nama 'Ali' ke dalam ayat tersebut. Jadi dalam contoh pertama ini, ayat yang betul ialah, "Ali and I went to the library yesterday."
Contoh bagi ayat 2 : Setelah dibuang 'my mother', ayat mana satukah yang betul?
Ayat asal :
(a) Would you explain that to my mother and me?; atau
(b) Would you explain that to my mother and I?
Baik. Seperti yang kita lakukan dalam contoh 1 sebentar tadi, asingkan dahulu 'my mother' daripada ayat. Ia akan menjadi seperti di bawah :
(a) Would you explain that to me; atau
(b) Would you explain that to I?
Ayat mana satukah yang betul? Jawapannya tentu sekali "Would you explain that to me?"
Baik. Masukkan semula 'my mother' ke dalam ayat tersebut. Jadi dalam contoh kedua ini, ayat yang betul ialah, "Would you explain that to my mother and me?"
Dan begitulah seterusnya. Jadi apabila saudara berhadapan dengan ayat-ayat seperti ini, atau saudara tidak pasti sama ada hendak menggunakan "I" atau "ARE", keluarkan dahulu nama atau panggilan orang lain daripada ayat. Saudara pasti mendapat jawapannya selepas itu!
Sekian bagi segmen pertama.
LATIHAN
Ayat mana satukah yang betul?
(a) I want you to send the book to Alia and I.
(b) I want you to send the book to Alia and me.
Jawapan : _____________________________________
(a) My mother and I would love to meet you.
(b) My mother and me would love to meet you.
Jawapan : _____________________________________
SEGMEN 2 : TEKNIK BELAJAR BAHASA INGGERIS MELALUI PERBUALAN
Saudara sedang mendengar segmen kedua rancangan Simple English di mana melalui segmen kedua ini, saya akan memberikan teknik-teknik bagaimana saudara boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah, murah dan berkesan.
Pada hari ini, kita akan melihat bagaimana saudara boleh mempelajari bahasa Inggeris melalui perbualan.
Perbualan adalah suatu kebolehan dan kelebihan yang amat diperlukan oleh sesiapa sahaja yang mahu mempelajari bahasa Inggeris. Kemampuan berbual dalam bahasa Inggeris boleh dikatakan lebih penting berbanding penulisan bahasa Inggeris. Ini adalah kerana, semua orang berbual. Tetapi bukan semua orang menulis.
Hanya golongan tertentu sahaja yang memerlukan kecekapan menulis dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, pelajar, pendidik atau orang berkerjaya yang perlu berutusan surat dan emel dengan orang lain yang menggunakan bahasa Inggeris.
Latihan perbualan perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten agar kemampuan saudara meningkat dari sehari ke sehari. Di antara bentuk latihan mudah yang boleh saya cadangkan ialah :
(a) Berbual dengan diri sendiri. Maksudnya, berbual dengan kuat dalam nada percakapan biasa seolah-seolah ada orang di hadapan. Saudara boleh berbual mengenai apa sahaja. Mungkin bercerita mengenai sekolah atau tempat kerja, atau meluah perasaan, masalah dan sebagainya. Tidak mengapa jika saudara tidak fasih atau melakukan banyak kesilapan. Itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, sedikit demi sedikit. Yang penting saudara membina keyakinan dan melatih lidah berbual dalam bahasa Inggeris.
(b) Berbual dalam bahasa Inggeris apabila berurusan dengan pihak lain melalui telefon. Sebagai contoh, ketika menelefon operator, kedai atau ketika memesan makanan segera, bercakaplah dalam bahasa Inggeris. Yang bagusnya, apabila saudara berlatih berbual melalui telefon, saudara boleh menyediakan skrip perbualan terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak yang berkenaan. Sama ada saudara membaca skrip ketika berbual atau menghafal skrip terlebih dahulu sebelum menelefon, kedua-duanya boleh memberi latihan dan meningkatkan keyakinan saudara. Mungkin ketika pertama kali menelefon, saudara 'tergagap-gagap' atau 'tersasul-sasul'. Tetapi jika saudara terus berlatih menggunakan skrip yang sama beberapa kali ketika menelefon, saudara akan menjadi fasih dan tidak lagi memerlukan sebarang skrip.
(c) Berbual dengan ahli keluarga di rumah. Bagi ibu bapa kepada anak-anak kecil yang tidak biasa dengan bahasa Inggeris, saudara boleh memperkenalkan perkataan demi perkataan dahulu. Atau sebaiknya, saudara boleh terus menggunakan dwi bahasa. Sebagai contoh, "Adam nak eat tak? Do you want to eat?" atau "Pergi buat homework. Please do your homework.". Dengan cara ini, saudara berlatih berbual, anak-anak saudara pun begitu.
(d) Banyak bergaul dengan bangsa lain atau dengan bangsa Melayu sendiri yang pandai berbahasa Inggeris. Ingat, JANGAN MALU. Jika masih malu, berlatih menggunakan skrip atau berbual melalui telefon terlebih dahulu.
(e) Berbual dengan DJ radio, hos TV atau jemputan-jemputan mereka. Kita cukup beruntung pada hari ini, terdapat banyak stesen radio dan program TV berbahasa Inggeris yang memberi peluang kepada kita menghubungi mereka untuk berkongsi pandangan dan pengalaman. Atau setidak-tidaknya, membuat permintaan lagu. RTM juga mempunyai stesen radio bahasa Inggerisnya sendiri iaitu TraxxFM (dahulunya Radio 4) yang boleh diikuti melalui frekuensi 98.7 MHz (Pulau Pinang & Kedah). Televisyen juga begitu. Ada rancangan di rangkaian TV RTM yang interaktif dan mesra penonton. Jadi, gunakanlah kit pembelajaran yang ada ini sebaiknya. Jika tidak yakin, sediakan skrip seperti yang dicadangkan sebelum ini. Jika malu, gunakan nama samaran. Tidak salah menggunakan nama samaran.
Terdapat banyak buku di pasaran yang boleh melatih perbualan saudara. Sebagai contoh, buku-buku berdialog mengikut situasi tertentu. Ada yang mengajar saudara dialog-dialog yang boleh saudara gunakan di restoran, ketika membeli barang, ketika melancong dan sebagainya. Dapatkan buku-buku ini dan praktikkan bersama teknik-teknik yang saya kongsikan di atas.
Baiklah saudara, teruskan bersama kami pada minggu hadapan bagi mengikuti tip-tip seterusnya.
Perkongsian pada minggu ini juga boleh diakses di alamat blog http://www.englishbagus.blogspot.com/.
Terima kasih kerana mengikuti Simple English di MutiaraFM. Sama-samalah kita praktikkan dan ingatlah bahawa – BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA!
Nota :
Untuk mendapatkan lebih banyak tip mengenai teknik belajar melalui perbualan, dapatkan buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd).
Bagi pembelian daripada penulis, layari http://www.belibacabuku.blogspot.com/ atau e-mel ke sy_amd2001@yahoo.com.
Sunday, March 20, 2011
:: Bengkel Pengajaran Bahasa Inggeris - "Teach & Learn"
Bengkel Pengajaran Bahasa Inggeris - "English Bagus : Teach & Learn"
Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)
Masa : 9:30 pagi - 4:30 petang
Tempat : Dewan Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang
Yuran : RM50.00 sahaja termasuk makan, bahan dan sijil.
Pengendali : Syalina Ahmad (pengendali bengkel 'English Bagus', penulis buku 'English Bagus' Utusan Publications, pengendali bersama rancangan 'Simple English' di MutiaraFM, penulis PTS Publications)
Penyertaan dibuka kepada para pendidik, khususnya guru-guru pendidikan awal kanak-kanak, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang berminat. Antara pengisian :
~ Get Up & Jiggle.
~ An Hour In Their Shoes.
~ I Gotta Speak Up.... dan lain-lain lagi!
Bengkel dikendali menggunakan dwi-bahasa.
Tempat terhad. Pendaftaran awal amat dialu-alukan. Untuk mendaftar atau pertanyaan lanjut, mohon hubungi sy_amd2001@yahoo.com atau 012-2065872.
Terima kasih.
Wednesday, March 16, 2011
:: Storytelling Competition : TAHNIAH Kepada Semua!
Alhamdulillah, "Simple English : Storytelling Competition" telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac 2011 yang lepas di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.
Sebanyak sepuluh buah sekolah dari daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara telah mengambil bahagian iaitu SK Ara Rendang, SK Bukit Teh, SK Kebuh Sireh, SK Mengkuang, SK Padang Menora, SK Permatang Buloh, SK Permatang Pasir, SK Permatang Pauh, SRI Al-Itqan dan SRI Al-Masriyah.
Tiga orang hakim yang cukup berpengalaman iaitu Saudara Mohamad Zulkurnain Abdul Rahman, Saudari Elena Affandi Tan dan Saudari Siti Aishah Ali telah mengadili pertandingan berkenaan. Ketiga-tiga orang hakim ini dilantik dengan kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Berikut adalah senarai pemenang dan peserta yang mengambil bahagian :
TEMPAT PERTAMA :
Muhammad Zulhakimie bin Ahmad Zailani
SK Permatang Pauh
"The Fox and the Wood Cutter"
TEMPAT KEDUA :
Daniel Amirul bin Amir Hamzah
SRI Al-Masriyah
"The Shepherd and the Wolf"
TEMPAT KETIGA :
Amni Qistina binti Rizal Hafiz
SK Padang Menora
"The Little Red Hen"
SAGUHATI :
Anis Arifah binti Ahmad Shukri
SK Permatang Buloh
"The Ungrateful Owl"
Iffah Athirah binti Kithar
SRI Al-Itqan
"The Boy and the Apple Tree"
Intan Nurbalkis binti Amirruddin
SK Mengkuang
"The Ant and the Pigeon"
Khairanee binti Iro Iswono
SK Kebun Sireh
"The Tortoise and the Eagle"
Mustazirah binti Othman
SK Permatang Pasir
"The Foolish Miser"
Nur Fariiza binti Ahmad Zukri
SK Bukit Teh
"The Proud Deer"
Nur Syafiqah binti Sabiri
SK Ara Rendang
"The Monkey and the Dolphin"
Pertandingan ini diserikan lagi dengan bacaan doa oleh Adik Ahmad Luqman Siddiqiey bin Harryzan dari Sekolah Rendah Tahfiz Al-Islah (STAIL) dan bacaan puisi oleh Adik Nur Khairina Dayani binti Khalid dari SK Kepala Batas.
"Simple English : Storytelling Competition" telah dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang dan MutiaraFM, manakala penaja pula terdiri daripada Munif Hijjaz Sdn Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd, Majalah Asuh (Galeri Ilmu Sdn Bhd), E-Sakinah Studio, Hasani Edar dan Smileyriver Online.
Pertandingan turut dibantu oleh petugas-petugas sukarela daripada Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang (i4P) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, pihak Aqsa Syarif juga telah dijemput bagi membuat pameran dan tayangan video berkenaan Palestin di luar auditorium.
Pertandingan telah dirakam oleh MutiaraFM (RTM Pulau Pinang) bagi siaran dalam rancangan Simple English (siri ke-12 atau ke-13) dan rancangan Junior Genius. Terima kasih kepada Dj Nurul Husna selaku penerbit.
Secara keseluruhannya, pertandingan ini mencapai matlamatnya dalam memberi pendedahan kepada murid dan sekolah. Ada murid yang masih berani menyahut cabaran walaupun terpaksa berlatih sendiri kerana guru berkursus. Syabas kepada mereka semua.
Kami mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang dan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat menjayakan "Simple English : Storytelling Competition"!
(Klik atas gambar untuk besarkan saiz)
Monday, March 14, 2011
:: Simple English : Siri 10 - English vs Manglish
SEGMEN 1 - GRAMMAR TIPS
SYALINA : Eh, Nurul. What you doing?
NURUL : Eating lah.
SYALINA : Can eat some more, ah? We late 'ridy'.
NURUL : Alamak! Sure ah?
SYALINA : Yah lor! I told you 'ridy' what.
NURUL : Yes ah? But nevermind lah! For sure they wait one. You eat 'ridy' or not?
SYALINA : I ate 'ridy'. Fasterlah, fasterlah! Eat faster, can or not?
NURUL : Of course can! I can eat faster than tiger.
SYALINA : Wah, you so terror!
Biasa mendengar cara perbualan di atas? Itu adalah contoh perbualan yang mungkin biasa saudara dengar di kaca televisyen, terutamanya dalam drama-drama Inggeris tempatan atau dari Singapura. Atau mungkin juga saudara pernah mendengar ketika berada di dalam bas, ketika membeli belah dan sebagainya.
Sekali pandang atau sekali dengar, ia memanglah seperti 'bahasa Inggeris'. Pun begitu, ia bukanlah 'bahasa INGGERIS' atau 'ENGLISH', tetapi 'MANGLISH' dan 'SINGLISH'. 'MANGLISH' digunakan secara meluas di Malaysia, manakala 'SINGLISH' pula di Singapura.
Kita, sebagai orang-orang yang sedang belajar bahasa Inggeris, perlu berhati-hati dengan 'MANGLISH' dan 'SINGLISH'. Jika kita kerap menggunakannya ketika dalam proses pembelajaran, tidak mustahil kita akan terbiasa dan ia akan 'melekat' di lidah kita.
Sebenarnya tidak susah mempelajari 'MANGLISH'. Kita tidak perlu bimbang mengenai GRAMMAR. Kita tidak perlu bimbang mengenai pembinaan ayat yang betul dan sebagainya. Inilah 'bahasa Inggeris' yang saya panggil 'bahasa Inggeris bedal'. Kita sebut sahaja apa yang kita mahu sebut, cakap sahaja apa yang hendak kita cakap.
Tetapi persoalannya, walaupun senang, adakah ‘MANGLISH’ berbaloi? Kerana salah satu sebab utama mengapa kita belajar bahasa Inggeris ialah untuk berinteraksi dengan orang lain, agar orang lain faham.
'MANGLISH' hanya orang Malaysia atau Singapura sahaja yang faham. Itu pun bukan semua orang Malaysia dan Singapura boleh faham. 'Mat salleh' atau 'orang putih' tidak akan faham. Dan bukankah salah satu matlamat kita mempelajari bahasa Inggeris adalah supaya kita boleh berhadapan dengan 'mat salleh' atau 'orang putih'?
Kemudian, bolehkah 'MANGLISH' membawa kita ke suatu tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya? Kerana jika kita terbiasa dengan 'MANGLISH', perbualan kita, penulisan kita dan sebagainya pasti terikut-ikut dengan cara 'MANGLISH'.
Dan percayalah, apabila kita sudah terlalu biasa dengan 'MANGLISH', adalah sukar bagi kita membezakan penggunaan bahasa Inggeris yang betul dengan 'MANGLISH'. Selain itu, ada juga perkataan atau ayat 'MANGLISH' yang mempunyai maksud berbeza. Sebagai contoh :
(a) Terror :
Contoh penggunaan dalam Manglish - "Wah! You so terror." (Wah! Handalnya awak.)
Dalam bahasa Inggeris yang betul, antara maksud 'terror' ialah 'takut' atau 'gerun', tiada kena mengena langsung dengan sebarang perkara yang membawa maksud 'handal' atau 'hebat'!
(b) I'm so boring :
Contoh penggunaan dalam Manglish - "Come we go jalan. I'm so boring." (Mari pergi berjalan-jalan. Saya bosan.)
Dalam bahasa Inggeris yang betul, "I'm so boring" membawa maksud, "Saya amat membosankan"! Sama juga seperti kita berkata, "You are boring" yang membawa maksud "Awak ini membosankan".
Saya mahu berkongsi pengalaman peribadi. Oleh kerana saya kerap bergaul dengan rakan-rakan yang menggunakan 'MANGLISH' dalam perbualan, sedikit demi sedikit saya terikut-ikut sehingga pada suatu tahap, cara sebutan saya, cara susunan ayat saya hampir kesemuanya 'MANGLISH'. Sehingga kini saudara, saya masih kerap 'tersasul' dan kadang-kadang masih menambah 'lah', 'what', 'lor' dan 'one' di dalam ayat. Sebagai contoh :(a) I know lah.
(b) You can do it youself what!
(c) Yes. Like that lor!
(d) Why you so naughty one?
Baiklah. Mengambil contoh dialog 'MANGLISH' di atas, mari kita lihat perbezaannya jika kita bercakap dengan cara yang lebih baik :
SYALINA : What are you doing, Nurul?
NURUL : I'm eating.
SYALINA : You are still eating? We're already late!
NURUL : Are you sure?
SYALINA : Yes! I already told you, right?
NURUL : You did? But nevermind! I'm sure they'll wait for us. Have you eaten?
SYALINA : Yes, I have. Could you eat faster?
NURUL : Sure!
Percayalah saudara. Tidak berbaloi mengutamakan 'MANGLISH' dan mengabaikan 'bahasa Inggeris' yang tulen. Jika saudara mahu belajar 'MANGLISH' secara suka-suka tidak mengapa. Maklumlah, as a Malaysian, mungkin saudara tidak mahu ketinggalan. Pun begitu, saudara perlu menghadkan penggunaannya. Dan nasihat saya, jauhi 'MANGLISH' pada peringkat awal saudara mempelajari bahasa Inggeris!
Sekian untuk minggu ini.
Monday, March 7, 2011
:: Makluman - "SIMPLE ENGLISH : Storytelling Competition"
[Banner dan design banner adalah sumbangan E-Sakinah Studio Bukit Mertajam, 013-4886178. Klik di atas gambar banner untuk saiz yang lebih besar]
"SIMPLE ENGLISH : STORYTELLING COMPETITION" akan diadakan di Pulau Pinang bersempena cuti sekolah ini. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah.
Tarikh :
13 Mac 2011 (Ahad)
Tempat :
Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya
Masa :
2.30 petang
Anjuran :
Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah
Rakan Kerjasama :
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang dan MutiaraFM
Rakan Penaja :
Munif Hijjaz Sdn Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd, Hasani Edar Sg Petani, E-Sakinah Studio Bukit Mertajam, Smileyriver Online, Galeri Ilmu Sdn Bhd dan majalah Asuh.
Sekolah-sekolah terlibat :
SK Ara Rendang, SK Bukit Teh, SK Kebun Sireh, SK Permatang Buloh, SK Mengkuang, SK Padang Menora, SK Permatang Pasir, SK Permatang Pauh, SRI Al-Masriyah, SRI Al-Itqan.
* Sekolah-sekolah luar bandar diutamakan. Ada sekolah-sekolah yang dicadangkan sendiri oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
* 10 buah sekolah rendah dipilih. Setiap sekolah menghantar seorang sahaja wakil daripada Tahap 2, sama ada daripada Tahun 4, 5 atau 6.
* Pertandingan akan dirakam oleh MutiaraFM dan akan disiarkan dalam siri ke-13 "Simple English".
* Sistem Pemarkahan :
(a) Pronunciation (Sebutan) - 20%
(b) Intonation (Intonasi) - 20%
(c) Fluency (Kelancaran/Kefasihan) - 15%
(d) Confidence (Keyakinan) - 15%
(e) Eye-Contact - 10%
(f) Facial Expression & Gesture (Ekspresi muka & Pergerakan badan) - 10%
(g) Timing (Masa) - 5%
(h) Props & Appearance (Peralatan & Penampilan) - 5%
* Antara objektif pertandingan dan kelebihan bertandingan :
(a) Memberi pendedahan kepada peserta dan sekolah.
(b) Setiap bahagian pemarkahan memberi pendedahan kepada peserta. Semua aspek pemarkahan daripada (a) hingga (h) di atas adalah penting dalam pengucapan awam. Siapa tahu mereka akan menjadi pemimpin pelajar atau negara kelak? Latihan seperti ini boleh membantu. Dan dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris sendiri, keyakinan yang tinggi amatlah diperlukan.
Semua dijemput hadir.
Ini adalah non-profit making event.
MASUK ADALAH PERCUMA!
Selain buku-buku dan bahan rujukan lain yang bermanfaat, Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya juga baru sahaja melancarkan 'Lincoln Corner'.
Bukan semua perpustakaan dan tempat mempunyai 'Lincoln Corner'. Jadi, gunakanlah peluang pada 13 Mac 2011 ini bagi membawa keluarga ke sana. Pertandingan bermula pada sebelah petang. Jika datang awal, bolehlah waktu pagi digunakan sebaiknya untuk melihat dan membaca buku-buku di perpustakaan.
Maklumat lanjut mengenai 'Lincoln Corner' boleh didapati di :
http://usembassymalaysia.org.my/lincoln/corner.htm
Bersama-sama kita mendoakan kelancaran dan kejayaan program ini.
Kita berjumpa di sana ya!
Syalina Ahmad
KAMI SEBAGAI PENGANJUR MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA PIHAK SEKOLAH DAN PESERTA YANG TERLIBAT DI ATAS KEBERANIAN DAN KESUNGGUHAN YANG DITUNJUKKAN. KAMI JUGA AMAT MENGHARGAI KERJASAMA YANG DIBERIKAN OLEH RAKAN-RAKAN KERJASAMA KAMI, RAKAN-RAKAN PENAJA SERTA PETUGAS-PETUGAS SUKARELA.
NOTA TAMBAHAN - ISTIMEWA DALAM "SIMPLE ENGLISH" :
Bersempena dengan cuti sekolah, siri ke-10 "Simple English" pada 14 Mac 2011 ini mengajak adik-adik (tadika & sekolah rendah) menghubungi konti/studio MutiaraFM di nombor telefon 04-2264244.
Melalui siri khas ini, adik-adik boleh memenangi hadiah istimewa daripada Kak Syalina Ahmad. Apa yang perlu adik-adik lakukan ialah, hubungi DJ Nurul dan Kak Syalina di konti dan sampaikan apa sahaja yang adik mahu dalam bahasa Inggeris.
Adik-adik boleh menyanyi, membaca puisi, bercerita, tuju lagu atau apa sahaja yang adik mahu asalkan dalam bahasa Inggeris. Oh, masa yang diperuntukkan bagi segmen khas ini ialah lebih kurang 10 minit. Kami akan cuba mengambil seberapa ramai pemanggil. Jadi jika boleh, jangan panjang sangat ya persembahannya? :)
Guru-guru, mak dan ayah yang sedang membaca hebahan ini bolehlah memaklumkan perkara ini kepada anak-anak. Selamat berlatih & selamat berjaya ya adik-adik! :)
Sunday, March 6, 2011
:: Simple English : Siri 9 - Pembelajaran Melalui Penulisan (Bahagian 2)
SEGMEN 1 - GRAMMAR TIPS
Melalui segmen Grammar Tips pada minggu lepas, kita telah melihat apakah keadaan atau situasi yang membolehkan kita menggunakan 'would' dan 'could' dalam soalan atau ketika meminta pertolongan daripada orang lain. Pada minggu ini, kita akan bercakap mengenai ucapan 'terima kasih'.
Pada kebiasaannya, apabila orang lain berbuat baik kepada kita atau membantu kita dan sebagainya, kita akan berkata, "Thank you." Betul? Jadi, apakah ayat-ayat atau kata-kata lain yang boleh diucapkan bagi menyampaikan rasa penghargaan kita kepada orang yang membantu kita.
Berikut adalah beberapa contoh :
Tidak Rasmi
Thanks!
Thanks a lot!
Lebih Rasmi
Thank you very much.
Thank you so much.
Thank you kindly.
I can't thank you enough.
I don't know how to thank you.
Thank you for all you help ...... (Contoh lain : sending me these beautiful flowers/asking/helping me dll).
Sekian bagi segmen pertama.
SEGMEN 2 - TEKNIK BELAJAR MELALUI PENULISAN (BAHAGIAN 2)
Melalui segmen kedua ini, saya akan memberikan teknik-teknik bagaimana saudara boleh mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah, murah dan berkesan.
Dalam siri yang lepas, saudara telah diberikan teknik pembelajaran bahasa Inggeris melalui penulisan bahagian pertama. Pada hari ini, kita akan sambung dengan bahagian kedua teknik berkenaan.
Mari kita lihat beberapa cara yang boleh saudara gunakan bagi melatih penulisan bahasa Inggeris saudara :
(a) Menulis kepada kenalan, atau istilah yang biasa kita gunakan - 'pen pal'. Jika saya meminta saudara menukar bahasa dalam surat kepada kenalan secara tiba-tiba, mungkin akan menyusahkan saudara. Apatah lagi jika kenalan saudara itu belum bersedia atau tidak mahu menulis dalam bahasa Inggeris. Jadi, jalan paling mudah ialah – tambah lebih ramai kenalan baru. Cuma pada kali ini, pilih kenalan yang boleh berbahasa Inggeris.
Bagaimana hendak tahu sama ada mereka boleh berbahasa Inggeris atau tidak? Salah satu caranya ialah dengan melihat penulisan mereka di blog atau mesej-mesej yang mereka tinggalkan di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Jika saudara tidak pasti, saudara boleh menghantar e-mel atau mesej peribadi (private message) kepada mereka dengan menulis ayat paling mudah iaitu (contoh sahaja) – "Hi, my name is ........... Can I be your friend?" Atau saudara boleh menulis kepada mereka untuk bertanya soalan dan pandangan, atau berkongsi minat.
Jika saudara memilih kenalan daripada kalangan rakyat Malaysia sendiri, maka ia adalah jalan yang selamat kerana saudara boleh menggunakan dwi bahasa. Maksudnya, bagi ayat-ayat yang saudara tidak pasti bagaimana hendak menulisnya, saudara boleh menulisnya dalam bahasa Melayu. Berterus teranglah dengan kenalan baru itu bahawa saudara sedang berusaha memperbaiki penulisan dalam bahasa Inggeris. Mohon teguran dan tunjuk ajar mereka jika ada ayat-ayat yang perlu dibetulkan.
Nota tambahan : Cara mencari kenalan masa kini juga lebih selamat berbanding dahulu. Dahulu, kita perlu memberikan alamat lengkap kepada kenalan. Kini, kita hanya perlu memberikan alamat e-mel dan hanya memberikan alamat lengkap kepada mereka yang benar-benar kita percayai sahaja. Itu pun jika perlu.
(b) Gunakan laman sosial sebaiknya. Saya ambil contoh Facebook. Sebelum ini, saya menggalakkan saudara menulis kepada mereka yang memahami bahasa Melayu. Pun begitu bagi cabaran yang lebih besar, saudara boleh mencari kenalan dari negara luar. Jika saudara masih belum yakin, saudara tidak perlu menulis e-mel atau menghantar mesej peribadi kepada mereka.
Apa yang boleh saudara lakukan ialah, sertai 'page-page' yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Sebagai contoh, saudara boleh tekan butang 'Like' di page artis/selebriti luar negara, atau sertai page berkaitan hobi dan minat saudara, atau sertai page berkaitan pembelajaran bahasa Inggeris. Gunakan kata kunci sesuai bagi mencari 'page-page' ini, contohnya 'english' atau 'learn english'. Selepas menyertai 'page-page' tersebut, manfaatkanlah sebaiknya. Berkongsi cerita dan pengalaman saudara di sana, atau memberi respons kepada mesej-mesej orang lain, atau setidak-tidaknya bertanya soalan. Dengan cara ini, saudara akan berlatih menulis, dan tulisan saudara itu akan dibaca pula oleh 'orang putih' atau 'mat salleh'.
(c) Menulis mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan seharian saudara. Sebagai contoh, katakanlah ada orang bertanya nama saudara – "What is your name?" Apabila pulang ke rumah, saudara tuliskan begini (di dalam diari/di atas sekeping kertas dll) :
She asked me my name.
"What is your name?"
I told her – "My name is Lina."
Atau katakanlah saudara mahu membeli tomato. Sebelum keluar dari rumah, saudara tuliskan begini :
I want to buy some tomatoes.
I am going to the market now.
Sebaik pulang, tuliskan pula begini :
I am home now.
I bought some tomatoes, eggs and chocolates!
Menulis mengenai aktiviti seharian adalah jauh lebih mudah berbanding karya penulisan lain kerana saudara sudah tahu apa yang hendak ditulis. Usah bimbang mengenai ejaan atau grammar-nya ketika menulis. Saudara boleh menyemaknya kemudian. Apa yang penting ialah saudara menulis dengan konsisten.
Baiklah saudara, teruskan bersama kami pada minggu hadapan untuk mengikuti perkongsian teknik yang baru iaitu teknik pembelajaran melalui perbualan.
Perkongsian pada minggu ini juga boleh diakses di alamat blog http://www.blogger.com/www.englishbagus.blogspot.com.
Terima kasih kerana mengikuti Simple English di MutiaraFM. Sama-samalah kita praktikkan dan ingatlah bahawa – BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA!
Nota :
Untuk mendapatkan lebih banyak tip mengenai teknik belajar melalui penulisan, dapatkan buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd).
Bagi pembelian daripada penulis, layari http://www.belibacabuku.blogspot.com/ atau e-mel ke sy_amd2001@yahoo.com.