KUIZ MINGGU 2
(13 APRIL 2011)
Terdapat banyak kamus online pada hari ini. Kamus-kamus ini memudahkan kita merujuk kamus dengan lebih cepat. Pun begitu harus diingat, bukan semua tempat mempunyai akses internet.
Dewan peperiksaan contohnya, tidak mempunyai akses internet. Jika ada pun, mustahil calon boleh membawa masuk komputer dan mustahil calon dibenarkan melayari internet ketika peperiksaan sedang berlangsung. Untuk itu, kemahiran merujuk kamus dengan cepat adalah amat perlu terutamanya bagi pelajar.
Adalah wajib bagi kita menguasai cara merujuk kamus tradisi (yang bercetak dan tebal itu). Dan salah satu cara menilai tahap kemampuan kita merujuk kamus ialah dengan menyusun huruf atau perkataan mengikut turutan yang betul.
Sebagai contoh :
"G B L D W N Z C O" perlu disusun mengikut turutan "B C D G L N O W Z"
Kemudian :
"BOY BAN BOW BAD BUY BIN" pula seharusnya mengikut turutan "BAD BAN BIN BOW BOY BUY"
Jika kita mampu menyusun dengan cepat, maka proses merujuk kamus akan menjadi mudah. Kita akan dapat mencari perkataan di dalam kamus dengan cepat kerana perkataan-perkataan di dalam kamus disusun mengikut susunan abjad (alphabetical order).
Kuiz lanjutan Simple English minggu kedua ini diharapkan dapat melatih/menguji saudara menyusun perkataan-perkataan mengikut turutan yang betul.
Bacaan tambahan mengenai kamus online di blog ini :
http://englishbagus.blogspot.com/2010/07/kamus-online.html
http://englishbagus.blogspot.com/2011/02/simple-english-siri-6-pembelajaran.html
****************************
SOALAN MINGGU 2
Susunkan mengikut turutan yang betul :
(a) H O R E T Y P M L A Q V Z S I
(b) SIDE SING SIN SIGH SICK SIGN
(c) WHETHER WINTER WEATHER WHISPER WINNING WHILE WISH WISE
Mudah sangat!
Syarat & info penyertaan :
~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.
~ E-melkan jawapan (a), (b) dan (c) ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.
~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.
~ Tarikh tutup kuiz minggu kedua : 15 April 2011 (Jumaat).
Bagaimana pemenang dipilih?
Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya susunannya betul dan tepat serta tiada kesilapan ejaan ketika menghantar jawapan). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu kedua ini.
Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!
Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.
SELAMAT MENCUBA!
1 comment:
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai kuiz minggu kedua. Unfortunately, kami tidak dapat menamakan pemenang bagi minggu kedua ini kerana semua penyertaan yang kami terima terdapat kesilapan jawapan di dalamnya, terutamanya bagi soalan (c). Ada beberapa penyertaan yang jawapannya tepat, tetapi tidak dapat diambil kira kerana dihantar selepas tarikh tutup. Untuk itu, hadiah bagi minggu kedua akan dibawa ke hadapan. Harap maklum.
Jawapan Kuiz Minggu 2 :
(a) A E H I L M O P Q R S T V Y Z
(b) SICK SIDE SIGH SIGN SIN SING
(c) WEATHER WHETHER WHILE WHISPER WINNING WINTER WISE WISH
Post a Comment