Wednesday, February 7, 2018

Penulis Buku & Pengendali Bengkel "English Bagus!"


SYALINA AHMAD

PENGALAMAN DALAM PENERBITAN DAN PENULISAN LAGU

1. Penerbitan Lagu

:: Jangan Menghina - Inteam & Alif Satar.
:: La Tahzan (Don't Despair) - Zim Ezuan & Nocturnal Voice.
:: Srikandi Besi - Zeyad (Pengedar & Penerbit Bersama).

2. Penulisan Lagu

:: Adiwiraku (Munsyid Malaysia) - Lirik Bahasa Inggeris & Terjemahan.
:: Flow to Jannah (Simfoni) - Lirik.
:: La Tahzan/Don't Despair (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) - Lirik.
:: Bahagia Berkasih (Ahmadi Hassan) - Lirik.
:: You & I See (UNIC) - Lirik.
:: English For Everyone (Lagu tema program radio) - Melodi & Lirik.
:: Lagu tema Wanita IKRAM - Melodi.


PENGALAMAN DALAM PENULISAN BUKU & ARTIKEL

1. Penulisan Buku

:: Putera Dengan Gergasi (Fiksyen Kanak-Kanak) - Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.
:: Huhaland Taman Ajaib (Fiksyen Kanak-Kanak) - PTS Publications, 2011.
:: English Bagus! (Bukan Fiksyen) - Utusan Publications, 2010.
:: Kem TIMUR (Fiksyen Motivasi Remaja) - PTS Publications, 2010.
:: Emilda Catatan Seorang Perindu (Fiksyen Remaja) - PTS Publications, 2008.

2. Karya Lain

Artikel dan karya puisi pernah tersiar dalam majalah dan akhbar, antaranya majalah VISI terbitan IKIM, Malay Mail dan Youth Quake (New Straits Times).


PENGALAMAN PENGACARAAN, PENGENDALIAN & PENGANJURAN PROGRAM

:: Mengendali slot “Simple English” di Mutiara FM (RTM Pulau Pinang) bersama DJ Nurul Husna pada tahun 2011.

:: Menganjur dan mengendali pertandingan bercerita “Simple English : Storytelling Competition” dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia SPT, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang dan Mutiara FM.

:: Menganjur bengkel ilmiah, antaranya bengkel “Mantop Akidah, Akhlak, Akademik Bersama Ustaz Zamri”, “Asuh Fitrah” dan “English Bagus”.

:: Berurusan dengan Mutiara FM bagi menyusun slot khas di radio bersempena Ramadhan iaitu “Cahaya Ilahi” selama dua tahun di mana slot ini menampilkan temuramah DJ Mutiara FM bersama mualaf, begitu juga slot temuramah bersama Imam Palestin.

:: Berurusan dengan akhbar Sinar Harian bagi menyiarkan kolum kisah dan pengalaman hidup mualaf di Pulau Pinang.

:: Mengiringi promosi penyanyi dan komposer antarabangsa Zuraini Khalid Zonneveld @ Ani semasa mempromosi album “Ummah Wake Up” di Malaysia.

:: Menjadi AJK media bagi program-program anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dan diberi tanggungjawab berurusan dengan pihak media, antaranya Konvensyen Keluarga Sejahtera 2 (Wanita IKRAM Pulau Pinang) dan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang.

:: Menjadi speaker program-program jelajah sekolah seperti “Anda Bijak Jauhi Zina” (bersama Raudhatus Sakinah Pulau Pinang), “Menjejak Jati Diri Remaja Muslim” (Pasca UPSR), “English Bagus!” dan “Fun With English Year 6” (Pasca UPSR). Antara sekolah terlibat ialah SK Pengkalan Tentera Darat Sg Besi, SK Padang Menora, SK Mak Mandin, SK Permatang Buloh, SK Bumbong Lima, SMK Bertam Perdana, SMK Permatang Pasir, SMK Desa Murni, SMK Dato’ Kamaruddin Batu Kurau, SMK Tunku Ismail Sg Petani dan MRSM Baling.


Friday, August 18, 2017

LAGU : English Is For Everyone





YouTube: https://youtu.be/karnvH82wRs

Lagu ini ditulis dalam tahun 2011. Lirik disertakan dan minus one-nya (muzik sahaja) ada di bawah sekali.

Lagu ini digunakan bagi program radio "Simple English" (MutiaraFM/RTM Pulau Pinang).

ENGLISH IS FOR EVERYONE

You can do it
It's easy if you try
You gotta do it
You'll make it if you try
You can do it
Well it's easy if you try
You gotta do it, do it, doo-bee-doo
You gotta say, "I will do it"
You gotta say, "I will make it"
Don't stop believing you can do it
Don't stop trying
Because it's easy
English is for everyone

Melody & Lyrics: Syalina Ahmad
Copyrights: Smileyriver Online


Link Minus One:

https://drive.google.com/open?id=0B8wNwDQ8-eD1MnNtNG9hdndPM2s

**Jika ada masalah untuk download minus one ini, mohon e-mel ke smileyriveronline@gmail.com


Jom sing along!


Sunday, August 13, 2017

Flow to Jannah



Hasil kerja terbaru - Menterjemah lirik "Mengalir ke Syurga" (Simfoni) ke dalam Bahasa Inggeris. Boleh dengar versi penuh di platform digital seperti Spotify, KKBox, Deezer dan sebagainya.

Title : Flow to Jannah
Artist : Simfoni
Melody : Imtiaz Simfoni
Malay Lyrics : Fedtri Yahya
English Lyrics : Syalina Ahmad
Copyrights : UNICDOTMY PRO

Thursday, July 27, 2017

LAGU : Latihan 5 Dalam 1

Saya sering menekankan bahawa LAGU adalah salah satu kit pembelajaran Bahasa Inggeris yang paling efektif. Bukan sahaja efektif, malah menyeronokkan dan tidak membosankan pelajar.

Setiap bengkel saya akan dimulakan dengan action songs. Saya akan melompat bersama pelajar. Jika saya perlu menjadi 'monkey', maka saya akan menjadi 'monkey' - WAJIB.

Penggunaan sesebuah lagu dalam pembelajaran akan merangkumi 5 perkara iaitu mendengar, menulis, menterjemah, memahami & menyebut - 5 DALAM 1. Saya beri contoh seperti di bawah.



Maaf gambar kurang jelas kerana saya menggunakan telefon murah :) Boleh klik untuk besarkan gambar.

Ini ialah sebahagian daripada lirik lagu "Minecraftable" oleh Abtmelody yang sangat diminati oleh anak saya (Tahun 6). Saya pun minat sebab lagu ini sangat catchy ;) Owh sebelum itu, dimaklumkan bahawa Minecraft ialah sejenis video game (klik sini untuk info). Lagu "Minecraftable" ini juga ialah parodi kepada lagu "Animals" oleh Maroon 5.

Boleh dikatakan setiap hari kami mendengar lagu "Minecraftable". Pada awalnya, anak saya akan ikut menyanyi dan akan 'hentam' menyanyikan bahagian lirik yang kurang jelas atau terlalu laju bagi lidah Melayu. Namun kemudian, saya 'menawarkan' lirik lengkap kepadanya. Apa yang saya buat ialah:

LANGKAH 1:

Saya bacakan lirik dan dia menyalin tanpa melihat lirik berkenaan (zaman sekarang - Google sahaja liriknya). Jika dia ada membuat kesilapan semasa menyalin, diam dan biarkan. Jangan ganggu mood dia. Ini ialah latihan mendengar (fokus) dan menulis (ejaan).

LANGKAH 2:

Sebaik selesai, ambil dan semak. Bulatkan mana-mana kesilapan. Dalam gambar yang disertakan, saya membulatkan perkataan ’effertlesly’ dan ’wonder’. DAN jikalau anda perasan, saya turut membulatkan dua perkataan dengan pen berdakwat merah iaitu hardcore dan badass, atau bad ass.

Selepas membulatkan semua perkataan yang berkenaan, kami membetulkan setiap satunya. ‘Effertlesly' diubah kepada ‘effortlessly' dan 'wonder' kepada 'wander'. Ketika membetulkan perkataan 'wonder', saya turut menjelaskan bahawa ejaan 'wonder' adalah betul tetapi dalam lirik "Minecraftable", konteks sebenarnya ialah 'berjalan' (lebih kurang), bukan 'berfikir' dan sebagainya. Maka, perkataan yang betul ialah 'wander'.

Bagaimana pula dengan perkataan dalam bulatan merah?

Baiklah. Ini ialah bahagian paling penting yang mana kita sebagai pendidik perlu prihatin. Ada lagu Inggeris yang liriknya tidak baik. Ada juga yang bermesej baik tetapi mengandungi perkataan-perkataan yang tidak baik. Pada masa yang sama, ada pula perkataan yang boleh membawa beberapa maksud, iaitu baik dan tidak baik.

Mengambil contoh lagu "Minecraftable" ini, liriknya mengandungi perkataan 'hardcore' dan 'badass'. Selalunya yang diketahui oleh kita, kedua-dua perkataan ini merujuk kepada maksud yang kurang baik, contohnya 'hardcore' yang sering dikaitkan dengan bahan lucah (selalunya dalam slang) .

Bagaimanapun, selepas memahami lagu "Minecraftable", 'hardcore' dalam lagu ini adalah merujuk kepada sesuatu yang 'extreme' atau 'commited', atau maksud-maksud lain yang menjurus ke arah itu. 'Badass' juga sama, lebih kepada 'cool', 'powerful' atau maksud-maksud lain yang 'memuji' game Minecraft.

Maka, saya menjelaskan kepada anak saya bahawa ‘hardcore’ dan ‘badass’ boleh membawa maksud yang tidak baik, jadi jangan gunakan dalam perbualan mahu pun penulisan kerana boleh menyebabkan orang lain salah faham. Saya memberitahu apakah maksud-maksud yang tidak baik itu supaya dia nampak dan faham.

Langkah kedua ini ialah latihan menterjemah dan memahami. Maka, sebaiknya minta pelajar atau anak menterjemah setiap baris lirik menggunakan ayat/bahasa sendiri, contohnya dalam Bahasa Melayu, Cina atau Tamil, terpulang....

Sebagai contoh, saya mahu menterjemah ke dalam loghat Utara:

Baris lirik : "If you come over then you will see"
Terjemahan saya : Kalau hang mai tengok baru hang boleh nampak

*Loghat Utara ini ialah contoh sahaja. Gunakan apa sahaja bahasa atau loghat yang kita, pelajar atau anak-anak selesa.

LANGKAH 3:

Langkah ketiga ialah yang paling best iaitu MENYANYI! Ini ialah latihan menyebut. Saya selalu berpesan, apabila menyanyi, berusahalah menyebut setiap perkataan sebagaimana penyanyi asal. Biar lidah 'tergeliat' sedikit tak apa. No pain, no gain.

Oleh itu, mohon pastikan setiap kali menyanyi, lagu tersebut dimainkan. Maksudnya, menyanyi bersama penyanyi asal. Guna kaedah nyanyian begini bagi semua lagu Inggeris yang kita suka atau dengar. Lama kelamaan, lidah akan menjadi biasa dan tidak mustahil langsung untuk kita pick up 'American accent'. Percayalah!

TIPS TAMBAHAN:

1) Pilih lagu yang kita, pelajar atau anak-anak minat. Kalau tak minat, kita tak akan mendengar lagu tersebut berulang-ulang kali. Kalau tak ulang, bagaimana nak berlatih kan? Practice makes perfect.

2) Pendidik perlu mengenali & menyelami maksud lagu terlebih dahulu. Fahami perkataan-perkataan yang digunakan dalam sesebuah lirik lagu. Jika tak pasti, mohon Google. Pendidik zaman sekarang perlu biasakan diri dengan SLANG. Ada perkataan membawa maksud yang tidak baik kepada kita, tetapi dalam slang, ia mungkin membawa maksud yang berbeza. Kamus slang pun banyak di Internet yang boleh digunakan sebagai rujukan.

3) Jika sesuatu perkataan itu mempunyai beberapa maksud berbeza (baik & tidak baik), terangkan kepada pelajar dan anak-anak supaya mereka tidak menggunakannya pada tempat atau keadaan yang salah, contohnya ketika menulis karangan atau berbual dengan orang yang lebih tua. Ini sangat penting.

Secara asasnya - KENALI setiap lagu yang hendak kita gunakan sebagai kit pembelajaran.

Teknik BELAJAR MELALUI LAGU adalah sangat efektif, insya-Allah. Saya ada berkongsi mengenai teknik ini di dalam buku saya dan di blog English Bagus ini.

Dapatkan lebih banyak tips di blog English Bagus:

http://www.englishbagus.blogspot.com

Saya bukan expert BI, saya cuma HUGE FAN Bahasa Inggeris. Saya juga ada buat perkongsian di program-program. Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah:

http://englishbagus.blogspot.my/2017/03/maklumat-bengkel.html


Semoga bermanfaat!

Thursday, March 2, 2017

Maklumat Bengkel

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera. Kami mempelawa sekolah tuan/puan bagi bekerjasama mengendalikan program berikut:

i) English Bagus : Fun With English (Menjelang UPSR/Sepanjang Tahun)

ii) Menjejak Jati Diri Remaja Muslim (Pasca UPSR)

**********

Program : "English Bagus : Fun With English"

Program ini dianjurkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memberi pendedahan kepada pembelajaran Bahasa Inggeris yang sering dikatakan 'susah', 'elit' dan 'mustahil'. Pengendali akan berkongsi teknik, aktiviti dan bahan-bahan bersesuaian yang boleh digunakan untuk mempelajari/memperbaiki Bahasa Inggeris. Aktiviti yang berkaitan akan diselitkan di sepanjang program.

Antara objektif utama program ini ialah mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik yang sesuai, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Bahasa Inggeris, meningkatkan keyakinan bahawa tiada ilmu yang mustahil untuk dipelajari, juga menanam minat dan cinta terhadap Bahasa Inggeris yang begitu penting dalam kehidupan.

**********

Program : "Menjejak Jati Diri Remaja Muslim"

Masalah sosial di kalangan remaja semakin meruncing terutamanya yang melibatkan remaja Muslim. Daripada masalah sosial yang kecil sehinggalah yang menjurus kepada masalah-masalah lebih berat seperti penzinaan dan pembuangan bayi, ia mendapat perhatian banyak pihak.

Inisiatif mendekati remaja perlu diambil serius, namun segalanya tidak akan berhasil sekiranya perkara ini tidak dibendung dari peringkat paling awal, salah satunya ketika di peringkat sekolah rendah.

Masyarakat Islam di Malaysia juga tidak dapat lari daripada kekeliruan mengenai isu-isu seksual. Kekeliruan ini bertambah rumit apabila ia masih dianggap 'taboo' sedangkan ia bukan lagi 'taboo' di kalangan remaja. Statistik KKM tahun 2015 mendedahkan sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja 10 - 19 tahun telah hamil anak luar nikah.

Walaupun ramai pihak mengambil serius perkara ini dengan mencadangkan pelbagai langkah yang perlu diambil, kita perlu mengakui bahawa masalah ini tidak mungkin selesai sekiranya remaja tidak didekatkan kepada pendidikan ‘akar umbi’ iaitu AGAMA. Ini adalah antara usaha dan persediaan awal sebelum melangkah ke sekolah menengah.

**********

Pengendali Program : Syalina Ahmad

Pengalaman

1) Menulis buku "English Bagus: Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" (Utusan), "Emilda" (PTS), "Kem TIMUR" (PTS), "Huhaland Taman Ajaib" (PTS) dan "Putera Dengan Gergasi" (DBP).

2) Menulis lirik lagu "You & I See" (UNIC) dan "Bahagia Berkasih" (Ahmadi Hassan).

3) Menterjemah lirik lagu ke dalam Bahasa Inggeris - "La Tahzan" (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) dan "Mengalir ke Syurga/Flow to Jannah" (Simfoni).

4) Menerbitkan lagu "La Tahzan" versi Inggeris (Zim Ezuan & Nocturnal Voice) dan "Jangan Menghina" (Inteam & Alif Satar).

5) Juara pertandingan mencipta lagu tema Wanita IKRAM.

6) Karya pernah tersiar dalam majalah VISI (IKIM), The Malay Mail dan Youth Quake (New Straits Times).

7) Mengendali program radio "Simple English" di Mutiara FM (RTM P.Pinang) bersama DJ Nurul Husna pada tahun 2011.

8) Menulis lagu "English For Everyone" iaitu lagu tema program radio "Simple English" (MutiaraFM/RTM Pulau Pinang).

9) Menganjurkan "Simple English : Storytelling Competition" dengan kerjasama IKRAM SPT Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Perpustakaan Negeri Pulau Pinang & Mutiara FM, juga bengkel ilmiah seperti "Mantop Akidah, Akhlak, Akademik Bersama Ustaz Zamri", "Asuh Fitrah" dan "English Bagus".

10) Speaker program "Anda Bijak Jauhi Zina" (bersama Raudhatus Sakinah Pulau Pinang) dan program menjelang/pasca UPSR. Antara sekolah - SK Pengkalan Tentera Darat Sg Besi, SK Pdg Menora, SK Mak Mandin, SK Pmtg Buloh, SMK Bertam Perdana, SMK Pmtg Pasir, SMK Dato Kamaruddin Batu Kurau, SMK Tunku Ismail Sg Petani dan MRSM Baling.

**********

Peralatan Diperlukan:

LCD Projector, sistem audio/speaker, kabel audio,mikrofon, white board (program English Bagus sahaja).

Bayaran:

English Bagus Fun With English - RM250.00 (2 jam)
Menjejak Jati Diri Remaja Muslim - RM250.00 (2 jam)
Pakej 2 program sekaligus - RM450.00

**Caj adalah berbeza bagi kawasan-kawasan luar Pulau Pinang, Kulim & Sg Petani.

Untuk mendapatkan risalah dalam bentuk PDF atau perbincangan lanjut, hubungi:

Smileyriver Online
012 - 206 5872
smileyriveronline@gmail.com



**********

BACA INFO & SOAL JAWAB MENGENAI BUKU & BLOG ENGLISH BAGUS:

http://englishbagus.blogspot.my/p/objektif.html


Tuesday, November 8, 2016

La Tahzan (Don't Despair)


Title : La Tahzan (Don't Despair)
Artist : Zim Ezuan & Nocturnal Voice
Melody : Heliza Helmi, Hazwani Helmi & Copyright Controlled
English Lyrics : Syalina Ahmad & Zimy Rozan
Rap Lyrics : Nocturnal Voice
Music : Din As Salam
Original Malay Lyrics & Artist : Heliza Helmi
Video By : Clora Studio
Produced By : Smileyriver Online

ALHAMDULILLAH... Saya sangat, sangat, SANGAT suka menterjemah lirik. Dulu saya hanya menulis puisi & lirik dalam Bahasa Inggeris tetapi sekarang menterjemah lirik ialah 'passion' baru saya :)

Artikel Sinar Harian, April 2016 :

La Tahzan bukan sebuah lagu baru. Peminat-peminat Heliza Helmi pasti pernah mendengarnya. Lagu ini bercerita mengenai Palestin serta semangat juang masyarakat di sana. Liriknya juga seakan memujuk agar kita semua tidak berputus harap kerana Allah sentiasa bersama kita.

Mesej yang ada di dalam La Tahzan telah membuka hati Syalina Ahmad untuk menterjemah lagu tersebut ke dalam Bahasa Inggeris. Walaupun lirik asalnya ringkas tetapi mesejnya sangat padat dan jelas. Kerana itulah Syalina tidak teragak-agak untuk menerbitkannya.

Mengenai pemilihan Zim Ezuan pula, sejak awal lagi Syalina sudah memikirkan penyanyi yang sesuai. Sebaik selesai dengan terjemahan, Syalina lantas menghubungi Zimy Rozan, anggota kumpulan Zim Ezuan yang turut membuat penambahbaikan kepada lirik berkenaan.

"Saya mengenali Zim Ezuan sebagai kumpulan yang boleh menyanyikan lagu-lagu Inggeris dengan sangat baik. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan mereka cuma belum ada lagu yang sesuai. Saya fikir ini adalah masa terbaik,” ujarnya.

Apabila ditanya mengapa tidak memberikan lagu itu kepada Heliza Helmi, Syalina menjelaskan, “Saya fikir menarik jika La Tahzan versi baru ini disampaikan oleh penyanyi yang berbeza sebagai memberi kelainan kepada versi asal.” Bagi mendapatkan kelainan, Syalina telah bersetuju untuk memasukkan elemen rap ke dalam lagu berkenaan.

Idea membawa masuk Nocturnal Voice adalah daripada Zim Ezuan. Jelas sekali, kolaborasi tersebut sangat tepat dan saling melengkapi. Setiap baris melodi kini padat dengan mesej-mesej penting yang hendak disampaikan.

"Selepas menghasilkan Keampunan pada tahun 2014, kami mencari-cari lagu yang sesuai untuk dijadikan Single kedua. Pelawaan untuk merakam semula La Tahzan tiba tepat pada waktunya memandangkan ia bertema kemanusiaan yang kami impikan selama ini,” ujar Jim Ezuan, seorang lagi anggota duo berkenaan.

“Lagu kami menjurus kepada mesej yang positif. Sudah lama kami bercita-cita mahu menyumbang sesuatu kepada Palestin. Ini adalah solidariti kami buat mereka,” sambung Zimy Rozan.

Bagi Nocturnal Voice pula, keperitan rakyat Palestin telah menguatkan azamnya untuk terus berkarya. Dia yang juga pernah mengetuai konvoi kemanusiaan berharap La Tahzan akan meninggalkan kesan di hati pendengar untuk terus membantu usaha membebaskan Palestin.

Pada mulanya, La Tahzan versi Inggeris dihasilkan untuk dimuat naik di laman sosial seperti YouTube dan Facebook sahaja. Videonya telah dihasilkan dengan kerjasama NGO MyCARE di mana ia telah dimuat naik di Facebook Page Aqsa Syarif iaitu salah sebuah agensi di bawah MyCARE pada malam tahun baru 2016.

Bagaimanapun ketentuan Allah, lagu tersebut telah ditawarkan untuk dimuatkan ke dalam album kompilasi #MyINTIFADA yang akan terbit pada bulan Mei ini. Album terbitan Risalah Harmoni ini akan menggabungkan 16 kumpulan dan penyanyi solo termasuk Shoutul Harokah dan Ruhul Jadid dari Indonesia serta Wa3ed Band dari Lubnan.

Sebagai langkah promosi, La Tahzan nyanyian Zim Ezuan dan Nocturnal Voice kini mempunyai video muzik rasmi. Menariknya, video ini telah mendapat kerjasama daripada jurugambar dari Palestin iaitu Haitham Khatib.

**********

Tonton & dengarkan La Tahzan (Don't Despair) di pautan berikut:

iTunes
http://goo.gl/SQ535Y

Deezer
http://goo.gl/32LkCd

KKBOX
http://goo.gl/V73TVk

Spotify
http://goo.gl/csM9H8

You Tube
http://youtu.be/89EDaIA1ufM

**********

Ringtones (Malaysia only):

1) Rap Intro:

Maxis - 546039
Digi - 1325905
Celcom - 273154
U-Mobile - 5923447

2) 2nd Verse:

Maxis - 546029
Digi - 1325903
Celcom - 273152
U-Mobile - 5923445

3) Chorus:

Maxis - 546036
Digi - 1325904
Celcom - 273153
U-Mobile - 5923446

4) Bridge:

Maxis - 546040
Digi - 1325906
Celcom - 273155
U-Mobile - 5923448

**********

Projek ini telah mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat yang prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan:

PTS Publications
Chef Ustazah
Perniagaan Mudim Zakaria (Kicap Mudim)
E-Man Coco
Ani Sup Utara
Syarikat Kopi Hang Tuah
Khalish Goat's Milk
Clora Studio
Kaio Studio

Alhamdulillah!

Monday, July 18, 2011

:: Akan Kembali...

As Salam,

Atas sebab-sebab tertentu, blog English Bagus tidak dapat dikemaskini pada waktu ini. Insya-Allah, blog English Bagus akan kembali dengan artikel-artikel terkini pada awal bulan Ogos 2011.

(^^,)



Monday, June 27, 2011

:: Alhamdulillah...



Syukur Alhamdulillah.

Penat lelah mempromosikan buku "English Bagus : Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan" terbalas apabila menerima berita gembira daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) minggu lepas.

Penerbitan buku ini melalui cabaran yang cukup besar. Pernah ditolak oleh penerbit, diambil oleh penerbit lain. Kemudian cabaran bagi mempromosinya pula. Terima kasih Utusan Publications & Distributors, begitu juga pihak MutiaraFM yang mahu menerbitkan "Simple English" sebanyak 13 siri. Terima kasih juga kepada penulis bersama, Yusmadi Norashid.

Buku ini akan diedarkan ke perpustakaan-perpustakaan desa di Malaysia. Saya sememangnya mengharapkan buku ini sampai ke desa-desa terpencil. Mudah-mudahan matlamat buku ini tercapai dan mesejnya sampai. Ameen.



Wednesday, June 1, 2011

:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 6

* Sebelum menghantar jawapan, pastikan saudara sertakan nama penuh, alamat lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.

KUIZ MINGGU 6

Syarat & info penyertaan :

~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.

~ E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.

~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.

~ Tarikh tutup kuiz minggu keenam : 7 Jun 2011.


Bagaimana pemenang dipilih?

Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya jawapan yang 'sempurna', tiada kesilapan ejaan dan sebagainya mengikut syarat-syarat dinyatakan). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu ini.

Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.


SOALAN MINGGU 6

Pilih jawapan yang tepat :

WHAT IS YOUR NAME?
(a) I'm twenty two years old.
(b) My name is Shila.
(c) Shila is not my name.

WHAT TIME DO YOU GET UP IN THE MORNING?
(a) I slept at 10:00 p.m.
(b) I get up at 7:00 a.m.
(c) I get up at midnight.

DID YOU CALL ME?
(a) I need to call my husband.
(b) Yes, I did.
(c) Call me Shila.


Mudah sangat!

E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!