Wednesday, May 4, 2011

:: Kuiz Lanjutan "Simple English" - Minggu 5

Nota : Sepatutnya ada video public talk mengenai bahasa Inggeris di-upload pada hari Isnin lepas. Tetapi atas masalah teknikal, video berkenaan tidak dapat dimasukkan ke blog ini. Jika berjaya diperbaiki, ia akan dimasukkan pada hari Isnin hadapan. Jika tidak, maka kami akan memasukkan artikel sahaja seperti biasa.

KUIZ :

* Sebelum menghantar jawapan, pastikan saudara sertakan nama penuh, alamat lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.

KUIZ MINGGU 5
(4 MEI 2011)


Syarat & info penyertaan :

~ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur.

~ E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com. Hanya jawapan yang diemel akan diambil kira.

~ Sertakan nama betul mengikut Kad Pengenalan, alamat surat menyurat yang lengkap, alamat e-mel dan nombor telefon.

~ Tarikh tutup kuiz minggu kelima : 10 Mei 2011 (Selasa).


Bagaimana pemenang dipilih?

Semua penyertaan/jawapan yang betul akan dikumpulkan (maksudnya jawapan yang 'sempurna', tiada kesilapan ejaan dan sebagainya mengikut syarat-syarat dinyatakan). Kemudian cabutan akan dibuat. Nama yang dicabut itulah pemenang bagi minggu ini.

Hadiah yang bakal dimenangi ialah buku "Siri Belajar Inggeris Utusan - Tatabahasa Inggeris" sumbangan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut mengenai kuiz ini, KLIK DI SINI.


SOALAN MINGGU 5

Berikut ialah teka teki. Jawapannya sudah diberi, tetapi ejaannya sudah di 'tunggang terbalikkan'. Susunkan semula huruf-huruf dalam jawapan tersebut.

1) I am a bird, but I cannot fly. Although I can't fly, I'm actually a great swimmer!

ANSWER : IEGNPUN = _________________


2) I have no bones, I have no legs. But if you keep me warm, I will soon walk away. What am I?

ANSWER : GEG = _________________


3) What has only two words, but thousands of letters?

ANSWER : SOTP IFECFO = _________________


4) I carry my home on my back. I guess that's why I move very slowly.

ANSWER : RELTTU = _________________


Mudah sangat!

E-melkan jawapan ke sy_amd2001@yahoo.com sekarang!



No comments: